Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.3 Sept.2014) | Page 4
Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 3 Sept. 2014
Tahniah Dr. Nordiana binti Hamzah
Ejaan DBP Insya-Allah
Sumber: Khidmat Nasihat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dr. Nordiana binti Hamzah merupakan
penerima Hadiah Latihan Persekutuan
bagi peringkat pengajian Doktor
Falsafah bermula Disember 2009
sehingga Disember 2012. Dengan
kemudahan cuti belajar bergaji penuh
selama tiga tahun, elaun bulanan dan
yuran pengajian ditanggung oleh KPM,
beliau mengorak langkah dengan keazaman menamatkan
pengajian melalui penulisan tesis terbaik. Janji dikota, genap
tiga tahun beliau menyerahkan tesis lengkap kepada pihak
universiti untuk urusan viva. Penantian selama sebelas bulan
tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk
mempersembahkan yang terbaik dalam viva yang telah
dilaksanakan pada November 2013.
Atas alasan mengelakkan kekangan kerja, beliau hanya
mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pembetulan
tesis walaupun masa yang diperuntukkan ialah selama tiga
bulan. Akhirnya pada Februari 2013, beliau menerima surat
pengesahan Senat dengan gelaran Doktor Falsafah
Kesusasteraan Melayu, yang membawa beliau ke pentas
istiadat konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris pada
tanggal 17 September 2014.
Sesungguhnya perjuangan menuntut ilmu tidak akan
terkubur kerana terlalu banyak ilmu yang masih belum
diterokai. PhD bukanlah segala-galanya kerana yang penting
ialah kejujuran, ketakwaan kita sebagai hamba Allah yang
sebenar-benarnya. Tahniah Dr. Nordiana binti Hamzah.
Rujukan Bahasa,
Sastera dan Budaya
Dalam Talian
1.
Pusat Rujukan Sehenti Maklumat dan Penyelidikan Alam
Melayu
http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/index.htm
2. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
3. Jurnal Linguistik (Persatuan Linguistik Malaysia)
http://jurnal.plm.org.my/?page_id=34
4. Ensiklopedia Melayu
http://www.melayuonline.com
Soalan: Saya telah merujuk penggunaan ejaan
berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu RumiSebutan-Jawi, termasuk ejaan ‘insya-Allah’. Saya
berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan
kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang
disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr.
Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa
Melayu agar menggunakan ejaan ‘In Shaa Allah