Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.3 Sept.2014) | Page 3

Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 3 Sept. 2014 vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. dapat mengembangkan pengetahuan dan pengalaman individu meningkatkan proses kognitif dan sosialisasi murid meningkatkan prestasi dan kebolehan berbahasa murid salah satu bentuk terapi yang dapat membentuk jiwa menerusi nilai-nilai murni yang disampaikan dalam cerita menjadi suatu bentuk motivasi intrinsik kepada murid yang suka mendengar cerita. merupakan pendekatan paling berkesan untuk kaunseling bagi murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah. di samping membentuk emosi dalaman yang sihat, bercerita juga dapat meningkatkan keyakinan dan daya kreativiti murid dalam menjalani aktiviti harian menyediakan pengalaman masa hadapan bagi murid agar lebih bersedia menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif kerana dalam cerita terkandung masalah atau konflik yang harus diselesaikan, menjadikan murid lebih kreatif, pintar akal dan tabah. mendidik kanak-kanak untuk membuat keputusan yang positif kesan daripada contoh-contoh yang disampaikan dalam cerita berkenaan. meningkatkan kefahaman murid tentang keadaan manusia yang universal, walaupun wujud perbezaan namun mereka menghadapi rintangan hidup yang sama. Manfaat yang disenaraikan hanya akan dapat dijelmakan apabila guru sendiri berjaya menyampaikan cerita dengan berkesan. Teknik bercerita yang berkesan ini membolehkan para guru melaksanakan sesi pengajaran dengan lebih efektif. Bagi memastikan manfaat ini tercapai, para guru mestilah: i. terlebih dahulu menguasai seni bercerita bagi membolehkan kanak-kanak menikmati cerita yang disampaikan dan hidup bersama dalam dunia penceritaannya. ii. menggunakan kaedah dialog dan pengulangan frasa berbentuk pertanyaan bagi mencungkil pengetahuan kanak-kanak dalam membuat jangkaan. iii. menyampaikan cerita dengan alur cerita yang jelas dan mudah difahami. iv. mempelbagaikan intonasi suara sesuai dengan situasi atau watak yang diceritakan. v. menggunakan gerakan tangan, tubuh dan mimik muka dengan berkesan dan sentiasa mengekalkan hubungan mata dengan kanak-kanak agar mudah bagi guru melihat dan mengawasi perubahan emosi mereka. vi. menyampaikan cerita dalam persekitaran yang kondusif kerana suasana begini dapat membantu kanak-kanak mendengar dan mengikuti alur cerita dengan selesa menggunakan nada suara yang jelas dan lantang agar kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuai agar apa-apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka. vii. menggunakan struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan aras kanakkanak sesuai dengan prinsip-prinsip pembelajaran. viii. bagi meningkatkan keberkesanan cerita, guru juga boleh menggunakan bahan bantu berbentuk audio atau visual di samping menyisipkan unsur puisi tradisional seperti syair, pantun atau gurindam. Walaupun kemahiran bercerita ini sukar untuk dihayati namun sebagai pendidik, kita sewajarnya mempraktikkan kemahiran bercerita kerana kemahiran bercerita ini mampu menarik perhatian murid-murid dan menimbulkan rasa ingin tahu kepada mereka jika kita pandai membawakan sesuatu cerita itu dengan berkesan. Helen Keller dalam ‘The Story of My Life’ (1903) menulis, mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah dan secara semula jadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara rasional. elok langkah kerana pedoman elok laku kerana berakal elok manusia kerana beriman elok ilmu kerana beramal (Tenas Effendy, 1993)