CADANgAN PELAN LANTAI BILIk DARJAH
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’
atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Reka bentuk yang sesuai dengan susun atur fizikal
bilik darjah yang berkesan didapati berupaya merangsang kreativiti dan tahap
pemikiran murid. Walau bagaimanapun,
reka bentuk dalaman bilik darjah
bergantung kepada bilangan murid dan keperluan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Berikut disenaraikan beberapa susun atur yang boleh disesuaikan mengikut
keperluan sekolah dan guru.
SUSUN ATUR BILIk DARJAH 1:
X M M x x M M x
X M M x x M M x
X M M x x M M x
X M M x x M M x
X M1 M2 x x M M x
X M3 M4 x x M M x
Meja Guru
Petunjuk: M= meja murid, x = kedudukan murid
kekuatan:
Murid yang lemah dalam kelas atau murid yang boleh menjadi guru muda dan
pembimbing rakan di kedudukan meja paling hampir dengan guru (M1 – M4).
Susunan membolehkan murid melaksanakan rangkaian kolaborasi, meningkatkan
kemahiran berfikir dan memberi peluang untuk menggunakan peta visual yang
dipelajari.
kelemahan:
66
Bilangan murid adalah terhad, iaitu 28 orang.