RUANG PEMBELAJARAN
Campfire
Konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada
orang pakar atau pun pencerita
Watering Hole
Ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan
kolaboratif dalam kumpulan yang kecil
Cave
Ruang pembelajaran individu untuk mereka yang
belajar mendapatkan ilmu secara sendirian
Life
Ruang pembelajaran yang memberi peluang kepada
murid mengaplikasikan pengetahuan dalam suasana
sebenar
Sumber : David D. Thornburg;Primordial Metaphors for Learning in the 21st Century
Ekosistem emosi yang matang lahir daripada empat kemahiran utama digarap dalam pendidikan
abad ke-21 melalui kemahiran berkomunikasi,kolaboratif, kreatif dan kritis. Peluang sentiasa
terbuka untuk murid mengasah bakat dan potensi diri. Penghargaan dan pengiktirafan diberikan
untuk menyokong pendidikan abad ke-21. Peluang murid mempamerkan potensi diri selari dengan
penambahan item KBAT dalam pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat, proses pembelajaran
lebih tertumpu kepada kerja kumpulan dan projek, justeru dapat memupuk nilai sejagat dan
menggalakkan pembangunan holistik murid melalui tugasan berbentuk gerak kerja kumpulan yang
menzahirkan emosi yang matang dalam membuat keputusan.
Ekosistem sosial yang positif dapat dibentuk melalui tugasan secara kolaboratif dan pembelajaran
di bilik darjah atau di luar bilik darjah serta merentas aktiviti kokurikulum dapat membantu
memupuk nilai dan mengukuhkan jati
diri serta perpaduan yang lebih mantap
dalam kalangan murid. Kementerian
juga komited untuk menyediakan murid
bagi mendepani cabaran era baharu.
Ekosistem sosial yang positif dapat
mempercepatkan
pencapaian
enam
aspirasi murid agar dapat mendepani
dunia pada masa hadapan.
65