STANDARD PRESTASI PAK21 V1.0 | Page 64

Manakala Anjakan 7 berkisarkan kepada memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus. Bukubuku teks tidak lagi sumber utama maklumat. Murid-murid menggunakan pelbagai sumber, termasuk teknologi untuk mencari dan mengumpul maklumat yang mereka perlukan. Mereka mungkin mendapatkan jurnal, menemubual pakar, meneroka internet atau menggunakan program perisian komputer untuk menggunakan apa yang mereka telah belajar atau untuk mencari maklumat. Bukan hanya bagi projek-projek khas, teknologi adalah digunakan secara bersepadu dalam pengajaran harian. Oleh itu, 1Bestarinet dan perisian untuk sekolah dibekalkan ke sekolah dan semua guru diberi latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi( TMK) untuk tujuan pengurusan dan pembelajaran. Justeru, FrogVLE dibekalkan khusus sebagai nilai tambah untuk tujuan PdPc.
… Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti persekitaran pembelajaran maya( Virtual Learning Environment) dan rangkaian 1Bestarinet bagi memastikan murid dapat mengakses pengetahuan di mana sahaja mereka berada. guru sebagai pembekal ilmu, bertindak sebagai pemudah cara dan murid perlu lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka..
Sumber: Buku Laporan PPPM, 2014
Semua aspek ekosistem PAK21 akan menyokong PdPc secara langsung bagi menghasilkan PdPc yang efektif. Semua peringkat perlu berusaha secara berterusan dalam melaksanakan standard prestasi ini bagi merealisasikan hasrat Johor Showcase yang akan melahirkan modal insan‘ global player’. PdPc yang berkesan dapat disokong dengan mewujudkan iklim pembelajaran yang baik dengan mengikuti garis panduan aspek standard prestasi seperti berikut:
i. Ekosistem fizikal yang mantap ii. Ekosistem emosi yang matang iii. Ekosistem sosial yang positif
Ekosistem fizikal yang mantap mampu mengubah landskap dan reka bentuk utama dalam perancangan dan penyediaan persekitaran bilik darjah yang kondusif melibatkan pemegang taruh( stakeholder) dengan kaedah yang sesuai, mengikut keperluan, secara menyeluruh, kreatif dan inovatif serta tekal. Merancang dan menyediakan susun atur bilik darjah Abad 21 mengikut keperluan secara menyeluruh, berterusan, kreatif dan inovatif serta mekanisme yang sesuai merupakan elemen penting sebelum ekosistem fizikal ini diwujudkan. Selain itu teknologi maklumat yang disediakan digunakan secara optimum, mengikut keperluan dan berterusan secara kreatif dengan mekanisme yang sesuai. Gerbang dunia tanpa sempadan dapat dimanfaat oleh semua warga sekolah dengan penuh berhemah. Ruang maya menjadi medan pendidikan yang lebih jauh sasaran perkongsiannya dalam pendidikan abad ke-21. Wadah ini diperkukuhkan lagi dengan persekitaran sekolah bermaklumat diwujudkan secara kreatif dan inovatif yang dapat menjadi tulang belakang penyatuan elemen fizikal yang lengkap. Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment( VLE) kini juga digunakan secara meluas untuk berkongsi amalan terbaik dan bahan pendidikan serta mengadakan perbincangan dalam talian antara guru, murid dan ibu bapa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi( TMK) merupakan alat penting yang dapat meningkatkan akses kepada pengetahuan. Pelaksanaan 1BestariNet di sekolah adalah untuk menyediakan rangkaian internet berkelajuan tinggi dan akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu( integrated learning solutions) bertaraf dunia. Pewujudan Persekitaran Pembelajaran Maya( VLE) membolehkan guru berkongsi bahan pendidikan, tugasan dalam talian, laman pembelajaran dan buku teks digital dengan murid.
64