ekosistem
PEMBElajaran
kondusif
Ekosistem dalam PAK21 adalah satu sokongan
kepada proses PdPc yang melibatkan interaksi
secara aktif antara guru dan murid dengan
persekitaran dalam atau luar bilik darjah.
Ekosistem yang komprehensif perlu digarapkan
secara optimum bagi membina kemahiran
murid seperti yang digariskan dalam Aspirasi
Murid PPPM 2013-2025. Sokongan yang
diberikan oleh kementerian kepada murid, guru,
pemimpin sekolah, ibu bapa serta komuniti
melalui pelbagai inisiatif utama dalam dua tahun
pertama pelaksanaan PPPM telah membawa
perubahan positif yang signifikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha menerapkan enam aspirasi murid, suasana di dalam
bilik darjah telah berubah menjadi lebih dinamik, menarik dan kondusif bagi memupuk pembelajaran
merentas disiplin untuk membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran. Keadaan
ini sangat penting bagi menyemai kemahiran yang sememangnya amat diperlukan oleh murid untuk
berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka dalam abad ke-21.
63