deskripsi
Kerangka konsep PAK 21 sekolah- sekolah Negeri Johor
Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 berkenaan menunjukkan unsur-unsur yang harus ada
dalam amalan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor. Murid yang dilahirkan
seharusnya menguasai kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran hidup* dan kerjaya,
dan kemahiran maklumat media dan teknologi (gelung berwarna ungu, merah dan gelung
berwarna kuning). Sub-kerangka kemahiran murid abad ke-21 ini adalah rujukan dari Partnership
for 21 st Century Learning (P21) yang diterimapakai dalam dunia pendidikan sejagat. (www.P21.org/
Framework).
Dari segi kemahiran pembelajaran dan inovasi, murid harus mempunyai:
1. kreativiti dan inovasi
2. pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
3. berkemahiran komunikasi dan kolaboratif
Manakala kemahiran hidup* dan kerjaya
merangkumi:
1. kebolehsuaian dan fleksibiliti
2. inisiatif dan terarah kendiri
3. kemahiran sosial dan rentas budaya
4. produktiviti dan akauntabiliti
5. kepimpinan dan kebertanggungjawaban
Selanjutnya kemahiran maklumat media dan teknologi memberi penekanan pada
penguasaan:
1. literasi maklumat
2. literasi media
3. literasi teknologi maklumat dan komunikasi
Begitu juga dengan penggunaan teknologi yang berkesan akan membolehkan seseorang itu
mudah mengakses, mengurus, mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baru dan
berkomunikasi dengan orang lain.
Sebuah organisasi pendidikan haruslah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
antara lainnya menitikberatkan kemenjadian murid berunsurkan jati diri, budaya dan nilai. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut, kita tidak boleh berkompromi dalam keakuran pada kurikulum
yang ditetapkan semasa melaksanakan pendidikan di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,
pembelajaran abad ke-21 berasaskan kurikulum yang membangunkan perkembangan kognitif
murid harus diintegrasikan dengan nilai dan budaya tempatan serta pengukuhan jati diri.
*Bukan Mata Pelajaran
19