Rajah 2 : Kerangka konsep PAK 21 sekolah- sekolah Negeri Johor
PEMILIHAN WARNA DALAM KERANGKA KONSEP PAK21
Warna BIRU pada bulatan pertama menjadi warna asas keseluruhan kerangka memberi makna ketenangan,
kedamaian, keteraturan dan percaya diri. Setiap warga pendidikan mesti memahami dan menghayati
sepenuhnya kurikulum yang menjadi asas dalam penyampaian pengetahuan, kemahiran dan elemen sosial
seperti jati diri, budaya dan nilai murni. Sementara, tona biru diterjemahkan pada tunjang Pembelajaran
Berkualiti, Ekosistem Pembelajaran Kondusif dan PIBK Strategik yang disusun secara jigsaw puzzle .
Cerminan positif kepada potensi diri dan hala tuju yang cuba dicapai adalah tonggak kepada kelangsungan
program PAK21.
Warna MERAH pada bulatan kedua yang merupakan simbolik kepada kualiti Kepemimpinan Berprestasi
Tinggi yang penuh dengan nyala rasa dan semangat dalam memainkan peranan mereka sebagai peneraju
institusi sekolah. Merah juga menunjukkan kekuatan energy iaitu mendorong untuk sentiasa meningkatkan
kapasiti diri.
Warna KUNING secara umumnya melambangkan optimis, semangat dan ceria. Secara psikologi ia memberi
tindak balas kepada fungsi otak untuk mendorong kebijaksanaan dan pemikiran idea-idea yang kreatif.
Warna VIOLET atau UNGU secara umumnya kerap dipersepsikan sebagai imaginasi dan semangat spiritual.
Justeru, ia dianggap dapat memberi timbal balas kepada kelangsungan kemahiran dan pengetahuan serta
memancarkan kekuatan kebijaksanaan.
Warna PUTIH pula sering kali dikaitkan kepada kesan bersih, suci dan positif. Pemilihan warna pada anak
panah di tengah ke arah kanan dan a nak panah mengikut arah lawan jam menunjukkan aura positif yang
ingin dijelmakan dalam persekitaran pembelajaran abad ke-21, bukan sahaja kepada pelaksana tetapi juga
pihak-pihak lain yang berkepentingan.
18