SEMARAK JAYA EDISI 2/2015 1 | Page 13

KETUA PENGAWAS SMK PERMATANG TOK JAYA 2015 Terlebih dahulu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Semarak Jaya kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Tahniah dan syabas juga saya rakamkan atas kejayaan menerbitkan majalah ini buat tatapan semua. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT di atas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas sesi 2015 Tugas sebagai Ketua Pengawas sememangnya mencabar. Sepanjang tempoh memegang jawatan ini, banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi, namun detik-detik ini telah menjadi pengalaman yang tidak ternilai harganya kepada saya. Segala dugaan ini juga akan saya jadikan sebagai motivasi untuk menggerakkan diri agar dapat membina keyakinan diri ke arah kejayaan yang lebih cemerlang Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah khasnya guru-guru disiplin sekolah yang telah banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada saya. Bimbingan mereka amat saya hargai. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengawas 2015 dan para pengawas yang selama ini telah berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk mengawal disiplin semua pelajar SMKPTJ.. Masa berlalu, tahun berganti, saat-saat manis bergegas lalu tanpa disedari. Sekarang, tibalah masa untuk kami meninggalkan sekolah tercinta ini. Sepanjang lima tahun ini, kami telah dilengkapi pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi pancaroba hidup. Selaku pelajar, kita haruslah berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang di samping bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Selaku Ketua Pengawas, saya ingin menyeru para pelajar supaya menghindarkan diri daripada segala aktiviti yang tidak sihat agar menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah bersusah payah membentuk kami sebagai insan kamil. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bakal meninggalkan alam persekolahan, semoga anda semua berjaya dan bersedia mengharungi cabaran kelak. “Selamat Maju Jaya” saya ucapkan kepada semua. NUR AMANI HUSNA BT RAMLI