SEMARAK JAYA EDISI 2/2015 1 | Page 14

Dari meja Ketua Editor Bersyukur ke hadratNya,kerana dengan izinNya majalah Semarak Jaya edisi pertama ini dapat diterbitkan buat tatapan warga SMK Permatang Tok Jaya pada tahun ini. Saya percaya pastinya seluruh warga SMKPTJ tertunggu-tunggu kelahiran majalah ini. Semarak Jaya,tidak dapat dinafikan lagi merupakan salah satu wadah untuk warga SMKPTJ mengasah bakat dan kreativiti dalam bidang penerbitan dan penghasilan karya. Selain itu, majalah ini juga merupakan satu dokumentasi yang tidak ternilai harganya bagi warga SMKPTJ kerana di dalamnya terakam segala kenangan dan peristiwa sepanjang tahun 2015 di sekolah ini. Tugas sebagai Ketua Editor, amatlah berat untuk digalas,tetapi oleh sebab amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah,maka saya menyahut cabaran ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi sepanjang proses penerbitan Semarak Jaya. Untuk merancang sesuatu memanglah mudah, tetapi untuk merealisasikannya sesungguhnya menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari pihak sidang redaksi. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada barisan pentadbir khususnya Tuan Pengetua Encik Zainuren bin Mohamed dan PK Kokurikulum, Tuan Haji Azhar Amanullah di atas segala bimbingan tidak pernah jemu kepada sidang redaksi Semarak Jaya. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan sulung ini. Saya juga dengan rendah hati mewakili sidang redaksi Semarak Jaya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam penerbitan ini. Akhirulkalam, ribuan terima kasih kerana menberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan proses penerbitan Semarak Jaya pada edisi kali ini. Segala nostalgia indah semasa di SMKPTJ diharapkan akan terpahat di hati semua warga sekolah khususnya pelajar tingkatan lima yang bakal meninggalkan sekolah tercinta ini. Sekian,terima kasih. HAMIM HAZWANI BINTI MOHAMAD AZZAHARI