SEMARAK JAYA EDISI 2/2015 1 | Page 11

PENGETUA SMK PERMATANG TOK JAYA D engan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang maha esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan di dalam laman yang baru diwujudkan ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi, semoga anda semua sentiasa barada di bawah naungan rahmatNya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian menginjak ke hadapan pada satu tahap paradigma. Warga SMKPTJ yang saya kasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan masa kini, sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke hadapan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah membuktikan bahawa kita mampu berdiri teguh dengan menghasilkan pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian membanggakan dalam peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM merupakan satu manifestasi bahawa kita semua sentiasa bekerja kuat dan gigih bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan. Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik tetapi cemerlang sahsiah, peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini. Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam merealisasikan kejayaan anak didik dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. ZAINUREN BIN MOHAMED PENGETUA SMK PERMATANG TOK JAYA