sumber: The Ram-
page Online
(Penglulusan peng-
gunaan ganja bagi
tujuan perubatan di
AS setakat 31 Januari
2017)
Alzheimer, anorexia, attention defi-
cit hyperactivity disorder, atritis,
sindrom Asperger, sakit pinggang,
gangguan bipolar, body dismorphic
disorder, penyakit Crohn, ketagi-
han dadah, asma, tidak datang
haid, endometriosis, sawan (ep-
ilepsi), masalah ereksi, fibromy-
algia, glaucoma dan sakit kepala.
Di samping itu, Pakar Pe-
runding Psikiatri dan Psikologi
Kedah Medical Centre, Dr. Wan
Mohd. Rushdi Wan Mahmud
berkongsi pendapat beliau menge-
nai ganja yang dikatakan tidak se-
suai untuk ‘dihalalkan’ di Malaysia
kerana penyalahgunaannya yang
tidak dibendung dan hanya un-
tuk mencapai nikmat euforia dan
khayal semata-mata, bukan ber-
tujuan perubatan. Tambah beliau
lagi, di negara Barat juga, penggu-
naannya masih belum menyeluruh.
Sebuah kajian dijalankan di
AS berkenaan ganja. Seramai 95 juta
rakyatnya, berumur 12 tahun ke atas
pernah menggunakan ganja seku-
rang-kurangnya sekali seumur hid-
up. 10.7 peratus rakyat Kanada be-
rumur 15 tahun ke atas dilaporkan
mengambil ganja dalam tempoh satu
tahun lalu. Tambahan pula, hasil ka-
jian Tinjauan Dadah dan Kesihatan
Kebangsaan AS juga menunjukkan
peningkatan terhadap pengambilan
Dari segi maqasid
shari’ah, ganja
merosakkan dua
perkara utama yang
dipelihara oleh shari’ah
iaitu diri (nyawa) dan
akal insan.
ganja oleh warga AS berusia 12 ta-
hun dank e atas telah meningkat se-
cara konsisten, daripada 5.8 peratus
(2007) kepada 7.3 peratus (2012).
Secara
keseluruhan,
pada tahun 2014, Agensi Anti-
dadah Kebangsaan mengeluar-
kan laporan yang menunjukkan
di Malaysia, ganja menduduki
tempat ketiga dalam senarai peng-
60 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA
gunaan dadah paling popular se-
lain opiat dan metamphetamin.
Menurut portal rasmi Fatwa
Malaysia, ganja diharamkan dalam
Islam berasaskan kepada kiasan ha-
ramnya arak yang sifatnya mema-
bukkan serta merosakkan jasmani
dan akal manusia. Sabda Rasulul-
lah SAW yang bermaksud, “Setiap
yang memabukkan adalah khamar
dan setiap khamar adalah haram.”
(Riwayat Muslim dari Ibnu Umar).
Selain itu juga, dalam kitab
suci Al-Quran jelas melarang ma-
nusia merosakkan dan memudarat-
kan diri seperti dalam ayat Al-Baqa-
rah, ayat ke-195, “Janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan”. Dari
segi maqasid shari’ah, ganja mer-