Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 59

“ Ganja dikatakan tidak sesuai untuk dihalalkan di Malaysia kerana penyalahgunaannya yang tidak dibendung dan hanya untuk mencapai nikmat euforia dan khayal semata- mata, bukan bertujuan perubatan.” -Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud Marijuana atau ganja beras- al dari beberapa spesies tumbuhan kanabis seperti Cannabis Sativa, Cannabis Indica dan Cannabis In- deralis. Tumbuhan tersebut men- gandungi lebih 460 bahan kimia. Menurut Persatuan Kans- er Amerika Syarikat (AS), ganja telah menjadi ubatan herba se- jak berabad yang lalu. Selain itu, menurut saintis, tiga bahan utama yang memberikan kesan kepada manusia ialah 9-delta-tetrahidro- cannabinoids (juga dikenali sebagai THC), cannabinol dan cannabidi- ol. THC yang merupakan bahan aktif dikelaskan sebagai sejenis da- dah perangsang atau ‘stimulant’. Ganja boleh diambil melalui mulut iaitu menelannya dan meng- hisapnya (sedutan) melalui rokok dan ‘vape’. Beza kedua-dua cara ini ialah, apabila ditelan melalui mulut, bahan aktif THC mengambil masa berjam-jam untuk diserap masuk ke dalam badan. Setelah diserap, dadah ini akan diproses oleh organ hati yang akan menghasilkan bahan yang memberi tindak balas terhadap otak dan pengguna akan mengalami perubahan sikap. Namun, sekiranya dihisap, THC meresap ke dalam sal- uran darah dan memasuki otak den- gan pantas. Bahan yang memberi tindak balas itu masih terhasil tetapi jumlahnya lebih sedikit berband- ing ditelan. Oleh itu, kesan dadah itu kurang dan tidak begitu lama. Walau bagaimanapun, meskipun ada hasil kajian yang mengatakan dadah ini memberi ke- san positif terhadap sesetengah pen- yakit, keberkesanan dan kebenaran- nya masih samar-samar kerana implikasi buruk yang bakal dihadapi oleh orang yang mengamalkannya. Kesamaran ini juga diakui oleh Persatuan Kanser AS apabi- la tidak menegaskan pendirian mereka untuk bersetuju mengenai pengambilan ganja secara sah (le- gal) untuk tujuan perubatan ker- ana masih kelihatan kepincangan dalam data kajian yang sedia ada. Oleh itu, mereka menekankan agar lebih banyak kajian saintifik ber- kaitan isu ini dijalankan. Kesimpu- lannya, data kukuh yang membuk- tikan keupayaan dan keberkesanan marijuana dalam merawat penyakit serta keburukannya diperlukan. Satu bancian yang dijalankan bagi tujuan tinjauan dijalankan oleh bekas Presiden American Herb- alist Guild (AHG), Aviva Romm. Bancian tersebut berkaitan peng- gunaan dadah oleh responden yang mempunyai taraf profe- sional berdaftar dengan AHG. Melalui laporan tinjauan tersebut, 56.4 peratus responden menyatakan ganja mengakibatkan ketagihan. Menariknya, 74.9 peratus daripada responden menganggap dadah ini selamat digunakan oleh golongan dewasa. Tiga perempat responden percaya ibu mengand- ung tidak selamat menggunakan ganja, apatah lagi golongan kanak- kanak kerana sebanyak 78.4 peratus responden mengakui ganja tidak selamat digunakan oleh mereka. Selain daripada itu, data tinjauan tersebut juga membukti- kan responden menggunakan ganja bagi tujuan merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 59