Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 48

Tiga reka bentuk bentuk Bendera Persekutuan yang berjaya ke peringkat akhir. melambangkan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan terdiri daripada tiga wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pada tahun 30 Ogos 1997, Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan nama bendera Malaysia ditukar kepada Jalur Gemilang. Idea penukaran nama bendera Malaysia tersebut diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan. Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi bendera tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan beliau dan kemudiannya diadakan peraduan mencipta nama bendera Malaysia dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika dengan kerjasama beberapa wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Berikutnya, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia mempersetujui cadangan bagi mencipta nama bendera Malaysia tetapi tidak perlu mengadakan perpaduan. Dengan itu, hanya perlu memilih senarai nama cadangan bagi bendera Malaysia yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa dan wakil dari kementerian dan agensi yang terlibat, Tun Dr. Mahathir bersetuju dengan cadangan tersebut dan nama jawatankuasa tersebut ditukarkan kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia. Tiga daripada 75 cadangan Bendera Persekutuan Tanah Melayu pertama kali dikibarkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Jalur Gemilang dikibarkan ketika sambutan Hari Kebangsaan yang ke-57 48 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA