Namun begitu beberapa
pindaan dan ubah suai telah
berlaku dalam Mesyuarat Majlis
Raja-Raja Melayu sebelum reka
bentuk bendera tersebut diluluskan.
Reka bentuk asal bendera iaitu
bulan bintang yang berwarna
putih telah ditukar kepada warna
kuning iaitu warna diraja. Jalur
biru-putih bendera tersebut juga
ditukarkan kepada merah-putih
melambangkan
negeri-negeri
dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
kemudiannya mendapat perkenan
dari Majlis Raja-Raja Melayu dan
mendapat kelulusan daripada Raja
George VI pada 19 Mei 1950.
Pada 26 Mei 1950, bendera
Persekutuan
Tanah
Melayu
dikibarkan buat kali pertama
dihadapan Istana Sultan Selangor
di Kuala Lumpur oleh Pesuruhjaya
Tinggi British bagi Persekutuan
Tanah Melayu, Sir Henry Gurney.
Majlis
pengibaran
bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah
diadakan. Majlis tersebut dihadiri
oleh Sultan Selangor dan wakil
sultan-sultan negeri.
Pada 30 Ogos 1957, telah
diadakan upacara menurunkan
bendera Union Jack di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
Turunnya bendera Union Jack
bermakna
berakhirnya
segala
bentuk penjajahan British di Tanah
Melayu.
Selepas
itu,
Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan oleh anggota Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) sambil
disaksikan sendiri oleh Tunku
Abdul Rahman, yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang
pertama pada ketika itu.
Pada 31 Ogos 1957, 9.30
pagi, kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu diisyhtiharkan secara
rasmi di Stadium Merdeka dengan
disaksikan lebih 20,000 orang
termasuklah Raja-Raja Melayu,
tetamu khas dari luar negara,
anggota-anggota
kabinet
Kerajaan dan rakyat jelata.
Laungan lantang “Merdeka!
Merdeka Merdeka!” sebanyak
tujuh kali oleh seluruh warga
Persekutuan Tanah Melayu
bergema memenuhi ruang
stadium.
Kemudian, Bendera
Persekutuan Tanah Melayu
dikibarkan dengan iringan
lagu kebangsaan iaitu Lagu
Negaraku. Dengan ini,
wujudlah negara baharu
yang berdaulat seperti
negara-negara yang lain
iaitu Persekutuan Tanah
Melayu.
Pada
tahun
1963,
Persekutuan Tanah Melayu telah
bercantum dengan Sabah, Sarawak
dan Singapura. Percantuman