SEJARAH
Kebanggaan Malaysia
Oleh Farah Dinah Hassan
S
udah tidak dapat dinafikan lagi
bahawa bendera merupakan
lambang kedaulatan, jati diri,
kepimpinan dan kewujudan
sesebuah negara. Bendera menjadi
simbol dalam melahirkan semangat
nasionalisme dan perpaduan dalam
kalangan rakyat. Bagi Malaysia,
Jalur Gemilang ialah bendera rasmi
negara Malaysia. Tahukan anda
sebelum digelar Jalur Gemilang,
namanya ialah bendera Persekutuan
Tanah Melayu?
Bendera Persekutuan Tanah
Melayu wujud sejak tahun 1948
dengan adanya satu pertandingan
mereka cipta Bendera Persekutuan
Tanah Melayu peringkat kebangsaan
telah diadakan dan diketuai oleh
Ketua Setiausaha Negara, Sir Alec
46 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA
Newboult. Seramai 373 karyawan
telah mengambil bahagian dalam
menghasilkan reka bentuk bendera
kebangsaan itu. Di peringkat akhir,
hanya tiga rekaan bendera terpilih.
Sehubungan dengan itu,
orang ramai diberi peluang dalam
memberikan pendapat tentang
ketiga-tiga hasil reka bentuk
bendera yang telah dipilih. Pada
29 November 1949, dengan kata
sepakat dan pendapat dari orang
ramai, hasil rekaan bentuk bendera
yang direka oleh seorang arkitek
Kerajaan Johor iaitu Mohamed
Hamzah telah menjadi pilihan
utama. Keputusan akhir pendapat
umum majoriti disiarkan di akhbar
The Malay Mail.