nama telah dipilih iaitu ‘Setia
Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’
dan ‘Seri Setia Negara’ kerana
melambangkan
sejarah
dan
perjuangan negara dan secara
tidak langsung berharapan dalam
memupuk semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat.
Namun, cadangan tersebut
tidak dipersetujui oleh Jemaah
Menteri kerana nama-nama
tersebut tidak melambangkan
sifat dan semangat yang perlu
diketengah dalam elemen yang
ada pada bendera Malaysia.
Pada mesyuarat selanjutnya
sebanyak 28 cadangan nama
telah dipertimbangkan dan tiga
nama diketengahkan iaitu‘Jalur
Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’
dan ‘Jalur Sinar Gemilang’. Pada
9 Julai 1997, Jemaah Menteri
bersepakat menamakan bendera
Malaysia dengan nama ‘Jalur
Gemilang’ yang diilhamkan oleh
Tuan Haji Md. Rebuan@Md
Redzuan bin Tumin, merupakan
pegawai dari Jabatan Muzium
Negara.
Masih ramai yang kurang
cakna tentang maksud ‘jalur’
iaitu haluan yang lurus dan hala
tuju yang sama perlu diikuti oleh
rakyat Malaysia dalam mencapai
tahap kegemilangan bangsa dan
negara.
‘Gemilang’ pula membawa
erti bercahaya terang dan
benderang,
melambangkan
kecemerlangan rakyat Malaysia
dalam mengharungi pahit getir
dalam memederkakakan dan
memajukan negara.
Oleh itu, setiap rakyat
mempunyai
hak
dalam
mengibarkan Jalur Gemilang di
mana jua tetapi dengan syarat
perlu mengikuti panduan yang
betul. Jalur Gemilang perlu
dikibarkan dengan sempurna dan
tertib kerana bendera tersebut
adalah lambang kebesaran dan
kedaulatan negara Malaysia yang
tercinta.
Rakyat Malaysia harus
bangga dengan kewujudan bendera
tersebut yang melambangkan
kewujudan dan semangat dalam
mengharungi segala dugaan dan
cabaran dalam membangunkan
sebuah negara yang hebat di
persada dunia.
Selain itu, Jalur Gemilang
juga perlu menjadi sumber
inspirasi untuk setiap para atlet
atau wakil negara dalam merekod
kejayaan di mata dunia agar
Malaysia dikenali dan dihormati
oleh semua penduduk dunia.
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 49