Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 37

na kesan daripada penyebaran berita palsu ini boleh meruntuhkan struktur perpaduan yang sedia ada di negara kita. Hanya kerana seseorang itu mampu menulis tentang apa yang dilihat dan disaksikannya, itu tidak membawa makna yang dia adalah seorang wartawan kerana jika dilihat dalam konteks yang lebih mendalam, kerjaya seorang wartawan itu bukan hanya berdasarkan apa yang dilihat dan disaksikan tapi turut seiring dengan proses-proses lain yang sebenarnya lebih rumit dari sekadar menulis dan sebar.
Seorang wartawan perlu berdepan dengan lebih banyak cabaran dan risiko yang mampu membahayakan diri mereka sendiri. Keberanian dan semangat yang ada dalam diri seorang wartawan professional tidak sebanding dengan golongan wartawan warga kerana keberanian inilah yang mengukur sejauh mana nilai tulisan yang dihasilkan.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO, lebih 930 orang wartawan telah dibunuh sepanjang 11 tahun lalu kerana menyediakan maklumat yang benar kepada orang ramai dan kebanyakan daripada pembunuh tersebut tidak diambil tindakan.
Selain itu, statistik turut menunjukkan purata seorang wartawan dibunuh setiap empat hari dan 90 peratus daripada kes tersebut menunjukkan pembunuh tidak didakwa. Risiko seperti ini yang perlu diambil oleh seorang yang bergelar wartawan professional. Nyawa seakan-akan di hujung tanduk. Namun disebabkan semangat dan minat terhadap kerjaya sebagai seorang wartawan, risiko seperti ini dijadikan pemangkin semangat untuk golongan wartawan ini menghasilkan tulisan-tulisan yang mampu memberi impak mendalam kepada masyarakat.
Ketua Koresponden Antarabangsa Cable News Network( CNN), Christiane Amanpour pernah mengeluarkan kenyataan bahawa punca utama kematian golongan wartawan profesional
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA. 37