K
erjaya sebagai seorang
wartawan sudah pasti
sinonim dengan akhbar
dan juga berita-beri-
ta yang dikeluarkan untuk orang
ramai. Malah bukan itu sahaja,
wartawan juga mampu menjurus
kepada bidang lain dan bukan ha-
nya terhad dalam bidang akhbar
semata-mata. Namun masih ra-
mai golongan rakyat yang kurang
jelas terhadap perkara ini dan
berpendapat bahawa pekerjaan
seorang wartawan itu hanyalah
menghasilkan berita untuk rakyat
sahaja.
Walaupun secara amnya,
berita yang dikeluarkan di akh-
bar-akhbar tertentu adalah hasil
tulisan seorang wartawan, namun
ruang lingkup sebenar pekerjaan
golongan penyampai ini bukan
hanya tertumpu dalam akhbar se-
mata-mata, malah lebih luas ber-
banding dengan apa yang sering
kali digembar-gemburkan; menu-
lis berita hanya untuk akhbar.
Oleh sebab itu, apabila ber-
lakunya limpahan berita-berita
palsu yang tular khususnya di la-
man media, ramai yang memper-
soalkan tentang kredibiliti seorang
wartawan tanpa memeriksa ter-
lebih dahulu punca tularnya berita
palsu tersebut.
Pekerjaan seorang war-
tawan harus sentiasa berpaksi
dengan etika-etika kewartawan itu
sendiri termasuklah menghasilkan
berita yang diperolehi daripada
sumber yang dipercayai.
Untuk menghasilkan sebuah
penulisan, seorang wartawan akan
menggunakan pelbagai kaedah da-
lam usaha untuk menyampaikan
berita yang telus kepada umum
termasuklah menggunakan te-
knologi terkini seperti media sosial
dan internet sebagai platform.
Hal ini berikutan perkembangan
teknologi yang sangat pesat pada
era kini yang membolehkan orang
ramai menggunakan atau mengak-
ses informasi-informasi tertentu
dengan lebih mudah melalui in-
ternet dan peluang ini digunakan
langsung oleh organisasi media di
negara-negara tertentu termasuk
Malaysia untuk menarik minat
pembaca-pembaca mereka.
Namun
perkembangan
kemudahan teknologi ini bukan
hanya menarik minat organisasi
media sahaja malah peluang ini
turut digarap oleh segelintir indivi-
du untuk menyebarkan berita-ber-
ita yang tidak selayaknya kepada
umum.
Hal ini termasuklah menyebarkan
berita-berita palsu tanpa memerik-
sa sumber berita tersebut terhasil.
Maka dengan itu, lahir lebih ramai
golongan yang digelar sebagai war-
tawan warga yang bertanggung-
jawab terhadap penyebaran beri-
ta-berita palsu dan sebagainya.
Menerusi sebuah laman
web rasmi Malaysian Press Insti-
tute (MPI), antara etika kewar-
tawanan yang harus diambil kira
oleh seorang wartawan dalam
proses menyampaikan maklumat
kepada masyarakat adalah mem-
betulkan apa sahaja maklumat
tersiar yang tidak benar atau tidak
tepat dengan kadar yang segera.
Hal ini menjurus kepada tindakan
wartawan warga yang kurang peka
akan ketepatan sesuatu berita atau
maklumat yang disebarkan malah
lebih menyedihkan lagi, tinda-
kan seperti ini tidak diselesaikan
dengan segera sebaliknya berlaku
sikap tuding jari antara satu sama
lain.
Perkara seperti ini tidak
boleh diambil mudah oleh ma-
na-mana individu sekalipun kera-
36 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA
Perkembangan dari segi teknologi
Jaringan komunikasi di serata dunia
telah menyumbang kepada peningka-
tan jumlah wartawan
warga melebihi jumlah wartawan
profesional yang diiktiraf