Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 38

adalah dibunuh. “Golongan kita (wartawan), mati disebabkan pembunuhan. Orang ingin kita mati. Mereka mahu menutupi kebenaran dengan cara membunuh kita”, jelas Aman- pour. Keberanian seorang wartawan itu bukan kerana sudah hilang rasa takut dalam diri namun maksud sebenar keberanian dalam konteks ini dapat diterjemahkan sebagai cara menangani rasa takut itu sendiri, tambah Amanpour. Persoalan yang dapat kita ketengahkan berdasarkan isu ini adalah, cukup beranikah golon- gan wartawan warga? Mampukah mereka mendepani pelbagai cabaran besar dalam dunia kewartawanan seperti wartawan profesional yang sebenar? Selain itu, statistik turut menunjukkan purata seorang wartawan dibunuh setiap empat hari dan 90 peratus daripada kes tersebut menunjukkan pembunuh tidak didakwa” - UNESCO Tepuk dada, tanyalah selera. Secara keseluruhannya, wartawan profesional tidak pernah hilang. Hanya kerana peredaran masa serta peningkatan dari segi teknologi yang berlaku pada hari ini, golongan ini memilih untuk mencuba pendekatan yang berbeza dalam mendekati minat masyarakat. Oleh sebab mentaliti rakyat yang hanya melihat kerjaya wartawan hanya terhad dalam bidang akhbar semata, maka mereka tidak dapat melihat dengan jelas sumbangan golon- gan ini dalam bidang yang lain. Masyarakat harus perlu membuka minda dengan lebih meluas seiring dengan ke- pesatan pembangunan dari aspek teknologi moden pada hari ini kerana melaluinya, mas- yarakat mampu menjadi golongan yang berupaya menjana atau menyumbang idea-idea yang lebih bernas khususnya struktur pembangunan negara. 38 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA