KOLOKIUM
P
enganjuran Kolokium Kritikan Media
yang ke-37 bertemakan Komunikasi
Malaysia: Katak di Bawah Tempurung
dipuji beberapa orang bekas pela-
jar jurusan kewartawan yang turut hadir me-
meriahkan program tersebut. Menurut Megat
Mohd Rafizie yang kini berkhidmat bersama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) meenerusi
rancangan XXX mengucapkan tahniah kepada
13 orang pelajar semester lima jurusan kewar-
tawanan kerana mampu mengajurkan program
sebesar ini.
“Mereka berjaya mengawal perjalanan
program dengan lancar dengan adanya kerjasa-
ma bersama Persatuan Kewartawanan UiTM
(JSoc). Pemilihan tajuk dan tema yang berse-
suaian juga telah menarik minat ramai hadirin
untuk memeriahkan lagi Kolokium Kritikan
Media kali ini,” katanya.
Menurut bekas pelajar yang kini berkh-
idmat sebagai wartawan di Harian Metro,
Amirul Asyraf pula, objektif untuk mengeten-
gahkan peranan media untuk lebih kehadapan
dilihat berjaya dirungkaikan dengan beberapa
cadangan dan idea baru panel-panel yang terli-
bat.
“Idea dan penerangan En Endie Shazlie,
sangat jelas terutama mengenai kesukaran war-
tawan untuk meletakkan diri mereka di persa-
da global. Saranannya agar sesetengah war-
tawan untuk lebih berani tampil menonjolkan
bakat dan tidak berasa selesa pada kedudukan
sekarang adalah sesuatu yang boleh dijadikan
motivasi kepada hadirin yang hadir,” katanya.
Amirul juga turut mengucapkan seting-
gi-tinggi tahniah kepada pengurusan Koloki-
um kali ini kerana berjaya mengawal kelanca-
ran perjalanan program dari awal sehingga ke
penghujung program.
Pelajar dan graduan jurusan kewar-
tawan dinasihati jangan terlalu berada di zon
selesa ketika di medan pengajian ataupun bera-
da di dalam industri kewartawanan itu sendiri.
Menurut pelajar jurusan pengiklanan tahun
akhir UiTM Shah Alam, Mohd Ali Khazurin
menyatakan bahawa pelajar kewartawanan
perlu lebih kreatif dalam bahagian-bahagian
j
Tin auan
Pela ar
Oleh:
Abu Huzaifah Khairuddin
Nur Syafiqah Azman
Mohd Syahir Ridhwan
Abdul Hadi Che Awang
Farah Dinah Hassan