Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 16

Penyampaian berita dalam pendekatan baharu hanya akan berkesan sekiranya kadar literasi media masyarakat meningkat. Imej: Astro Awani Media kita seakan-akan bersifat pegun dan tidak lagi mengalami proses evolusi kearah pengantara- bangsaan. tikar pada Julai 2016 akibat kekangan kewangan. Begitu juga keadaan bagi Bloomberg TV Indonesia yang terpaksa memberhentikan operasi pada Ogos 2016 setelah beroperasi selama 4 tahun. Mengambil contoh syarikat yang mempunyai kestabilan sumber kewangan seperti Channel NewsAsia, milik MediaCorp Singapore walaupun baru beroperasi pada 2000, syarikat ini mempunyai koresponden di New York, Dubai, Sydney and London. Seterusnya, Russia Today yang telah memulakan operasi pada 2005 untuk membalas semula kenyataan CNN dan memperbaiki imej Russia di mata dunia, belanjawan tahunan syarikat ini adalah sebanyak USD300 juta bersamaan RM1.2 billion bagi menyokong proses operasi syarikat tersebut dan menjayakan objektif dan agenda mereka. Dengan kadar literasi media yang belum mencapai tahap sewajarnya, Malaysia sebagai negara membangun masih belum dapat menjamin kadar pulangan sekiranya media kita ingin ditampilkan sebagai media antarabangsa. Slogan ‘content is king’ atau isi kandungan adalah segalanya-galanya bukan hanya omongan kosong. Pengisian sesebuah program atau produk komunikasi perlu disambut baik oleh penonton untuk memastikan kadar pulangan yang baik dan rating bagi menarik pengiklan sekaligus dapat mengembalikan pulangan modal organisasi tersebut. Cabaran ketiga yang ditekankan adalah agenda organisasi media itu sendiri. “Hal ini berkait rapat dengan polisi hubungan luar Malaysia sendiri, bagaimana kita melihat sesuatu isu, sudut pandang kita dalam isu tertentu berbeza dengan negara lain. Jika dibandingkan, kita sering mengambil jalan tengah dan tidak memihak kepada mana-mana negara untuk menjaga hubungan baik negara”. Cabaran yang terakhir untuk merealisasikan impian bagi meletakkan agensi berita Malaysia di peta dunia adalah kredibiliti organisasi media kita. Kredibiliti kita tertakluk kepada kebebasan untuk menulis dan mengkritik namun jika dilihat Indeks Kebebasan Akhbar atau Press Freedom Index (PFI), kita masih jauh ketinggalan. Trend PFI kita kekal pegun dan tidak meningkat sejak 2002. Pada 2002, kita berada di tangga ke-110, pada tahun lalu kita berada di tangga ke- 144 daripada 180 negara, menurut sumber. 16 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA Endie berkata, “cabaran yang paling besar dan berat untuk diatasi berkenaan isu kredibiliti adalah kebanjiran berita palsu atau fake news yang selalu diucapkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sebenarnya, hal ini hanyalah percanggahan pendapat kerana dia (Trump) melabel agensi berita yang tidak menyokog beliau dalam pelaporan mereka sebagai berita palsu. Hal ini tidak benar sama sekali kerana sudut pandang atau pembingkaian berita itu bergantung kepada agenda organisasi masing- masing,”. Memetik kenyataan Presiden Freedom House, Michael Abramowitz, “penggunaan komentar berbayar dan bot politik untuk menyebarkan propaganda kerajaan diterajui oleh China dan Russia namun kini hal ini berlaku di seluruh dunia dan kesannya dapat dilihat memberi impak kepada demokrasi dan aktivis sivik yang semakin terjejas”. Hal ini memperlihatkan kesan yang jelas tentang kemampuan berita palsu dalam mempengaruhi sesuatu komuniti. Disoal mengenai mana letaknya media Malaysia, Endie hanya dapat memberikan pandangan beliau bahawa sekiranya cabaran-cabaran tersebut dapat diatasi, media Malaysia mampu mencapai tahap yang diaspirasikan. Yang pasti, jika pembaca atau penonton lebih c