Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 18

kritikal seperti penyuntingan video dan lain-lain. “Pelajar kewartawanan harus mencari inisiatif sendiri dan tidak boleh mengharapkan apa yang mer- eka belajar dikelas sahaja. Pelbagai kemudahan yang ada sekarang yang boleh dirujuk pelajar sendiri seperti tutorial di Youtube dan kursus-kur- sus berkenaan pembikinan sesuatu video, namun ianya terletak kepada seseorang pelajar itu sendiri sama ada mahukannya ataupun tidak,” katanya yang hadir ke Kolokium Kritikan Media yang berlangsung 18 November lalu. Bagi Adi Nazrin, pelajar se- mester 4 kewartawanan UiTM Shah Alam beliau berpuas hati mengenai keseluruhan perjalanan program. Namun, baginya ada panel yang ti- dak menjawab topik yang diberikan dan perkara tersebut menjadikan tema Komunikasi Malaysia: Katak di Bawah Tempurung gagal dirung- kai dengan jayanya. “Tema yang diberikan san- gat menarik namun jika dapat di- tambahbaik mengenai penjelasan yang lebih jelas, insyaAllah ianya dapat memberi lebih banyak man- faat kepada kedua-dua belah pihak. Penjelasan paling menarik adalah menerusi panel yang ke-3 iaitu En Endie dimana topik yang diberikan mampu dihurai mengikut perspek- tif beliau sebagai seorang penganali- sa serta dapat difahami keseluruhan audiens,” katanya. Adi turut menambah, En Endie juga memberikan satu sa- ranan dan solusi yang realistik men- genai sestengah cadangan yang di- fikirkan mustahil bagi sesetengah pihak seperti penambahan stesen- stesen berita dan memusatkan si- aran berita tersebut. Saranan agar sesetengah wartawan untuk lebih berani tampil menonjolkan bakat dan tidak berasa selesa pada kedudukan sekarang adalah sesuatu yang boleh dijadikan suatu motivasi. Menurut Pelajar Perhubungan Awam Semester 5, Syasha Fadhil, 21 , Kolokium kali ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar berke- naan peranan media dalam per- letakan maklumat berbentuk berita di dalam dan juga di luar negara. Pelajar khususnya yang mengambil jurusan komunikasi boleh menggu- nakan maklumat yang diperoleh se- bagai rujukan di masa akan datang. “Saya berharap Kolokium yang akan datang lebih kaya den- gan maklumat yang berbentuk perbincangan berkenaan media di Malaysia kerana bagi saya media di Malaysia perlu bergerak seriring dengan media-media yang lain bagi memastikan maklumat dapat dise- bar dengan pantas dan tepat. Selain itu, media di Malaysia perlu keluar dari kempompong kerana jika ti- dak berbuat sedimikian, media kita akan kekal sama dengan tiada peru- bahan dengan maklumat yang sama seperti barang yang dikitar semula.” ujarnya. Tambah Syasha lagi, Koloki- um seperti ini perlu diteruskan lagi kerana seperti yang kita sedia mak- lum ‘Kolokium’ itu sendiri memba- wa maksud majlis ilmu yang dapat memberi maklumat kepada sesiapa sahaja yang menghadiri majlis.