KOLOKIUM
Lelaki dan Budaya
Membaca
Tembual bersama Sri Diah Shaharuddin yang mengupas akan keruncingan minat golongan lelaki untuk membaca.
“ Kaum lelaki ada daya membeli, tetapi hasrat untuk mengangkat, memegang dan membaca buku adalah sangat kurang.”
Dalam mendepani era globalisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, sifat masyarakat masih lagi dilihatkan sebagai mundur disebabkan keruncingan minat membaca dalam golongan lelaki.
Menurut Puan Sri Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf,“ Kumpulan Karangkraf hanya menerbitkan penulisan dan artikel-artikel yang hanya boleh menarik kecenderungan daripada golongan wanita atau pun golongan remaja perempuan kerana kaum lelaki tidak minat membaca. Dan ini telah terbukti dengan beberapa syarikat yang terpaksa ditutup”.
Keruncingan minat membaca majalah, apalagi buku-buku ilmiah di negara kita semakin hari semakin mengkhuatirkan.“ Pada satu masa dahulu, ada satu majalah diterbitkan khas untuk kaum lelaki. Tajuknya,“ Lelaki” dan diterbitkan oleh Creative Enterprise. Tetapi majalah itu sudah pun tutup”, ujarnya.“ Memang tak laku. Fokus utamanya tentang lelaki dan gambar juga sudah disusun cantik. Tetapi itu pun tak laku”, tambah Sri Diah dengan sedikit kesal.
Menurut Puan Sri Diah juga, Karangkraf menyasarkan hasil-hasil penerbitannya 80 peratus kepada golongan wanita sahaja.“ Itu sebabnya, bila kita( Karangkraf) buat majalah untuk lelaki. Contohnya, majalah Maskulin, kita terbitkan untuk kaum wanita membeli dan membaca supaya dia lebih mengetahui tentang suaminya atau pasangannya”, ujarnya.
“ Dari dulu lagi kita ingin menarik pembaca lelaki. Memang matlamat utama kita terbitkan Maskulin adalah untuk lelaki. Tapi apabila jualan tidak meningkat dari semasa ke semasa. Dan juga tiada respon daripada golongan lelaki. Kita terpaksa menukar kandungannya”, tambah Sri Diah.
Pada realitinya, memang kita tidak dapat dinafikan bahawa industri penerbitan sekarang didorong oleh keuntungan. Apabila penerbit menyedari bahawa golongan wanita membaca jauh lebih kerap berbanding golongan lelaki, oleh itu mereka mula memasarkan buku-buku kepada golongan perempuan. Hari ini, kesusasteraan didominasi oleh kaum wanita. Buku yang dikarang dan disunting oleh wanita dan dipasarkan kepada golongan perempuan.
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA. 13