Skil menggunakan
perisian untuk reka
bentuk atau vvideo harus
dikuasai wartawan alaf
baharu.
dikongsi melalui media sosial,
blog atau apa sahaja medium
yang berkait dengan internet akan
disebarkan melalui butang ‘share’,
‘retweet’, ‘like’ dan sebagainya. Se-
galanya boleh dilakukan di hujung
jari, dan kini, sesiapa sahaja boleh
menjadi sumber maklumat. Menye-
dihkan lagi, sesiapa sahaja boleh
lempar batu sembunyi tangan serta
menuding jari sekiranya maklumat
tersebut tidak betul,” ujarnya.
Oleh hal yang demikian,
perkara asas dalam bidang komu-
nikasi perlu dikuasai setiap pelajar.
Ketika disoal mengenai teori dan
praktikal, beliau bersetuju bahawa
pembelajaran secara teori dan prak-
tikal, seperti lagu dan irama, semes-
tinya tidak boleh dipisahkan. Jelas
beliau, keseimbangan antara kedua-
dua aspek itu penting dan pemaha-
man mengenai subjek yang berkait
rapat degan komunikasi seperti
sosiologi dan psikologi tidak boleh
dilihat sebagai sesuatu yng membe-
bankan kepada pelajar komunikasi.
“Bagaimana hendak mem-
bentuk pemikiran masyarakat
sekiranya bidang sosiologi yang su-
dah terang membawa maksud ‘ilmu
pengetahuan mengenai masyarakat’
gagal dikuasai oleh pelajar komuni-
kasi? Bidang ini di bawah sains so-
sial, jadi tidak hairanlah penerapan
subjek-subjek seperti yang dinya-
takan ada dalam silibus pembelaja-
ran,” tambah beliau.
Apabila disentuh menge-
nai aspek teori dan praktikal, kami
mengambil peluang untuk mengu-
tarakan soalan mengenai skil tekni-
kal pelajar dalam perisian reka ben-
tuk grafik dan video yang dikatakan
tidak mencukupi dek kerana masa
pembeljaran yang singkat, seterusn-
ya meletakkan label pelajar komuni-
kasi sebagai pelajar ‘separuh masak’.
Walau bagaimanapun, ken-
yataan ini disangkal Dr. Megat ker-
ana beliau menekankan para pela-
jar perlu ada inisiatif sendiri untuk
memahirkan diri mereka dengan
perisian-perisian tersebut. Apabila
melangkah ke menara gading, pela-
jar tidak lagi dibelai lembut seperti
sewaktu di sekolah. Pendekatan se-
cara proaktif perlu diamalkan.
“Penting bagi pelajar untuk
mengambil inisiatif untuk mengeta-
hui dengan lebih mendalam menge-
nai cara untuk menggunakan peri-
sian-perisian tersebut. Pensyarah
hanya bertindak sebagai fasilitator
dan pendekatan ‘student-centered
learning’ atau pembelajaran berpu-
sat pelajar dipraktikkan di menara
gading terutamanya.
“Tambahan pula, sumber
untuk belajar sudah banyak den-
gan kewujudan internet. Sedang-
kan cara-cara untuk membuat bom
sudah menjadi tontonan ramai di
Youtube, apatah lagi perkara ilmiah
sebegini. Alasan seperti ‘pensyarah
tidak ajar’ atau ‘saya tidak tahu’ su-
dah tidak relevan kerana di mana
ada kemahuan di situ ada jalan,”
12 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA
Kepentingan tugasan
luar atau kerja di
lapangan membolehkan
para pensyarah menilai
kebolehpasaran para
pelajar untuk menempuh
dunia sebenar
kewartawanan yang
semakin mencabar.
ujar beliau.
Tidak dinafikan, dalam
bidang kewartawanan dan peny-
iaran, penguasaan ilmu-ilmu tekni-
kal dan kebolehan untuk mengen-
dali kamera dengan baik menjadi
nilai tambah kepada pelajar. Oleh
sebab itu, Dr. Megat menyeru para
pelajar untuk memanfaatkan masa
yang diperuntukkan kepada para
pelajar untuk membuat amali.
Sebagai pelajar bidang ko-
munikasi, kita tidak boleh lari
dengan tugasan-tugasan luar yang
mempersiapkan pelajar untuk ber-
depan dengan latihan industri. Se-
lain itu, kepentingan tugasan luar
atau kerja di lapangan memboleh-
kan para pensyarah menilai kebole-
hpasaran para pelajar untuk mene-
mpuh dunia sebenar kewartawanan
yang semakin mencabar.
Kesimpulannya, bidang te-
knologi dan komunikasi media ha-
rus bergerak seiring. Kewujudan
media baharu menyebabkan mas-
yarakat tidak dapat lari daripada
penyatuan teknologi dalam bidang
komunikasi. Penyatuan ini tidak
boleh dipandang enteng oleh pela-
jar komunikasi kerana perkara ini
menentukan kebolehpasaran mere-
ka. Selain daripada itu, pelajar perlu
ambil inisiatif sendiri untuk mem-
persiapkan diri ke dunia baharu
setelah tamat belajar dan bersaing
dengan graduan lain ditambah pula
dengan penggunaan internet yang
sudah mula menguasai media.