Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 11

KOLOKIUM

Pengajian Media Malaysia: Teori atau Praktikal?

Temubual bersama Dr. Megat Al-Imran Yasin yang membincangkan peranan media sebagai jurutera sosial dan usaha pragmatik mahasiswa jurusan komunikasi.

Siapa lagi yang menggalas tanggungjawab besar untuk membentuk nilai masyarakat jika bukan media? Oleh itu, pengaruh media yang begitu kuat dan hebat sepatutnya disalurkan secara baik. Hal ini demikian, pegangan serta hala tuju sesebuah organisasi media menentukan bagaimana sesebuah masyarakat itu berfikir.

Berbicara mengenai peranan media dalam pembentukan nilai masyarakat, kami berjaya mendapatkan Pengarah Pusat Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi Universiti Putra Malaysia( UPM), Dr. Megat Al-Imran Yasin, dan mengadakan temu bual secara eksklusif bagi mendapat pencerahan mengenai isu ini.
Pengamal media berperanan dalam membentuk pemikiran masyarakat. Secara tidak langsung, media menggalas tanggungjawab sebagai jurutera sosial atau‘ social engineers’. Jurutera sosial yang ditekankan oleh Dr. Megat memikul tanggungjawab dalam menguruskan perubahan sosial dan membina pembangunan masa hadapan serta sahsiah masyarakat.
“ Nilai-nilai agama yang membimbing kita ke jalan yang terbaik harus diterapkan demi kemaslahatan bersama. Penerapan subjek-subjek yang ada perkaitan dengan agama diperlukan kerana apabila mereka keluar untuk berkhidmat dalam industri media, nilainilai yang agama ini menentukan etika mereka bekerja,” jelas beliau yang memperoleh Doktor Falsafah dalam Penyiaran dan Pengajian Media di Cardiff University, Wales United Kingdom.
Beliau turut berkongsi keresahan masyarakat abad ini yang sering kali menyoal bukan untuk menimba ilmu tetapi untuk mencari salah serta mempunyai agenda yang songsang dan bertentangan dengan kehendak agama.
Kebangkitan ideologi-ideologi yang menyesatkan dan terkadang bersifat liberal yang melampau akan memberi kesan kepada sahsiah masyarakat Malaysia, yang berpaksikan nilai-nilai ketimuran sejak kecil lagi. Jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu, kebarangkalian untuk dakyah-dakyah extremis ini disebarkan adalah rendah, namun sekarang, tidak lagi.
“ Menjadi kebiasaan pada hari ini seandainya apa yang