Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 14

Dan semakin banyak indus- tri penerbitan buku-buku memberi tumpuan kepada kalangan gadis remaja, semakin malap kemungk- inan untuk remaja lelaki menjadi pembaca tegar. “Daripada dulu awal lagi, kita (Karangkraf) buat bisnes, bila kita buat majalah untuk kaum lelaki, ianya tak laku. Kaum lelaki ada daya membeli, tetapi hasrat untuk men- gangkat, memegang dan membaca buku adalah sangat kurang”, terang Sri Diah apabila ditemuramah keti- ka hari berlangsungnya Kolokium Kritikan Media yang ke-37. Sri Diah juga turut menjadi panel pada hari tersebut dengan menyampaikan ta- juknya, ‘Pengalaman, Cabaran Masa Kini dan Hadapan Kumpulan Ka- rangkraf Dalam Industri Media Di Malaysia’. Di samping itu, penerbitan mengasingkan separuh daripada populasi apabila buku-buku yang diterbit hanya ditawarkan kepada minat pembaca golongan wanita. Kurangnya pendedahan terhadap idola daripada golongan lelaki yang minatnya cenderung kepada kesu- sasteraan. Ia mungkin wujud, tetapi tidak popular dalam kalangan mas- yarakat hari ini. Jika diperhatikan dalam penggambaran media juga kebanyakan wanita dilihatkan se- bagai penggemar membaca. Misalnya, para ibu sering membaca kepada anak-anak mere- ka pada waktu tidur. Guru sekolah rendah dan pakar media, yang ter- utamanya daripada kaum wanita, membaca untuk kelas mereka. Dan dalam filem dan di televisyen juga, wanita atau perempuan dilihatkan sebagai yang biasanya bergegas ke kelab buku mereka. Disebaliknya, lelaki digambarkan sebagai tidak suka membaca. Akibatnya, golongan lelaki diterapkan dengan pendapat ste- reotaip iaitu membaca dianggap sebagai terlalu keperempuanan dan tidak mengikuti trend semasa. “Kita tengok pada amalan pembaca. Tabi- at amalan membaca dalam golon- gan lelaki. Kaum lelaki tak tekun, dia tengok kaumnya sendiri tak terkenal dalam membaca. Oleh itu, mereka terus berpendapat bahawa membaca itu tak ‘in’ bagi mereka. Mereka lebih suka kepada tekni- kal, aktiviti fizikal, audio, visual dan lain-lain. Bagi kaum lelaki, amalan membaca itu tidak dianggap sebagai trend untuk mereka ikuti,” jelas Sri Diah apabila ditanya seusai pro- gram. Pada suatu ketika dahulu, membaca adalah satu-satunya ben- tuk hiburan dalaman yang ada ke- tika itu. Jika hari hujan, membaca buku merupakan pilihan alternatif – dan bukannya televisyen, internet ataupun Xbox. Menariknya, pening- katan terbesar dalam jurang bacaan antara golongan lelaki dan golongan Wanita lebih kerap digambarkan sebagai seorang pembaca berbanding lelaki. 14 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA Golongan lelaki diterapkan dengan pendapat stereotaip iaitu membaca dianggap sebagai terlalu keperempuanan dan tidak mengikuti trend semasa. perempuan adalah sejak awal 1990- an. Oleh hal yang demikian, ia boleh dikaitkan dengan perkembangan video dan internet. Kajian telah menunjukkan bahawa golongan lelaki meluangkan lebih banyak masa dengan mengha- biskan permainan video berbanding golongan perempuan. Sekurang-ku- rangnya sebahagian daripada itu telah menyumbang kepada tabiat membaca yang lemah. Usaha membudayakan ak- tiviti membaca dalam kalangan kaum lelaki, merupakan titik tolak dalam membentuk masyarakat ber- pengetahuan yang dapat menyum- bang kemahiran dan kepakaran kepada pembangunan sesebuah negara. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan gen- erasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memarta- batkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai ke- jayaan yang standing dengan neg- ara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Negara Jepun misalnya sudah lama menjadikan pembacaan sebagai salah satu ak- tiviti wajib dalam kehidupan sehar- ian. Sesungguhnya, membaca boleh mendatangkan banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.