Atas : Antara babak menarik dalam filem
‘Layar Lara’
Bawah : Ena Manjalara (Ida Nerina)
bersama Borhan (Dato’ Ismail Hutson)
dalam sebuah babak.
membuatkan kita tidak kering gusi
mengukir tawa kecil dengan lawak
spontan beliau lebih-lebih lagi
ketika aksi silat sama seperti filem
‘Pendekar Bujang Lapok’ pada 1959.
Kenangan Studio Jalan Ampas
juga disingkap melalui aktor-aktor
ternama suatu ketika dahulu. Ramai
pasti ingat dengan Mahmud June,
seniman terkenal yang menjadi
‘Pak Maon’ dalam ‘Nasib Do Re
Mi’ arahan P. Ramlee pada 1966,
kini membawa watak Uncle Jeff
dalam filem ini. Kemunculan beliau
mengubat kerinduan peminat filem
Melayu, cuma tersentuh jauh di hati
ini melihat beliau sudah meniti usia
senja.
Namun kehebatan seniman
dan seniwati ini hanya kekal
diingatan sahaja. Usia beransur tua
membuatkan kemunculan mereka
kurang
menembusi
tumpuan
pengarah-pengarah filem masa kini.
Walau bagaimanapun, keunggulan
pelakon veteran ini tetap mejadi
siulan dan rujukan rakyat.
Kemasyhuran
Seniwati
Zai tetap diingati masyarakat
termasuklah bintang sensasi, Ena
Manjalara lakonan Ida Nerina. Ena
merupakan pelakon yang sedang
meningkat naik dalam dunia seni.
Namun, populariti telah menelan
jati diri Ena menyebabkan dia
meninggi diri dalam kalangan
pelakon dan kru produksi yang lain.
Ena menjadi watak utama yang
bersifat dinamis. Aksi lakonan
Ena mudah berubah mengikut
kesesuaian keadaan, menyebabkan
keberkesanan lakonan beliau tiada
tandingan walau di dalam set
mahupun di luar set. Kenakalan
Ena telah menggoda ramai jejaka
sekelilingnnya termasuklah anak
buah Seniwati Zai, Daud lakonan
Man Bai. Keghairahan Ena telah
menundukkan Daud yang baru
bekerja dalam produksi walaupun
Ena sudah mempunyai kekasih hati,
Shark lakonan Maman.
Permainan
kotor
Ena
mengakibatkan
umpan-umpan
didalam
simpanannya
hanya
menjadi boneka permainan sundal
jari-jarinya
sahaja.
Perasaan
tertanya-tanya bercampur sangsi
ketika
Ena menggoda Daud
dirumahnya dengan gerak aksi
sumbang sewaktu Ena membuka
butang baju dan tali pinggang Daud.
Namun, puncak erotik
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 103