Walaupun sudah dua dekad
filem ini berlayar di samudera
perfileman negara, namun hasil
karya sutradara terkenal, Datin
Paduka Shuhaimi Baba ini tetap kekal
diingatan peminat filem Melayu.
Setiap naskhah beliau mempunyai
kelasnya yang tersendiri dan inilah
keistimewaan beliau berbanding
sutradara filem yang lain.
Dalam setiap lemparan karya
beliau, terdapat satu yang menjulang
naik namanya sepanjang penglibatan
beliau di kerusi pengarah. Aura
‘Layar Lara’ (1997) cukup bermakna
dan dipenuhi simbolik-simbolik
artistik yang sukar ditempa dalam
mana-mana filem Melayu.
Layar Lara mengangkat
tema
kerinduan
sekumpulan
pelakon veteran untuk menceburi
kembali arena perfileman, setelah
sekian lama tidak dipanggil ke set
penggambaran dan hanya menunggu
masa untuk menerima panggilan
dari unit produksi. Ini menjadi
perkenalan yang sempurna buat
Seniwati Zai, lakonan hebat Azean
Irdawaty yang menjadi kurang waras
sehingga terbawa-bawa dengan
watak lakonannya pada suatu ketika
dahulu. Watak ini juga ditempatkan
segala kelembutan dan menghimpun
soalan-soalan yang bakal terjawab di
penghujung filem.
Keberkesanan
pelakon-
pelakon veteran memang tidak dapat
ditandingi oleh barisan pelakon
baharu. walau hanya dengan tutur
dialog spontan mereka. Seperti biasa
jenaka Aziz Sattar yang menggalas
watak Uncle Osman memang
sentiasa membuat kita tersenyum.
Walau hanya menjadi watak pipih
sahaja, namun gelagat Aziz Sattar
102 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA
Azean Irdawaty (kanan)
bersama Mahmud june
mempamerkan lakonan
hebat dalam ‘Layar lara’.
Foto : Utusan Online