ULASAN FILEM
Hilang di Mata
Tidak di Hati
Teks Oleh: Nabil Ab Rahim
S
udah lama filem ‘Layar
Lara’
tidak
ditayangkan
di kaca televisyen, namun
bagi penonton yang pernah
menonton naskhah ini, memang tidak
dinafikan kejayaan filem ini sebagai
salah sebuah karya terbaik pernah
dihasilkan dalam arena perfileman
Melayu.
Penulis tidak dapat mengimbas mana-
mana filem Melayu yang berjaya
membuai penonton dengan gelak tawa
dan tutur naratif yang begitu baik pada
permulaan filem. Minit-minit pertama
sahaja sudah mula menyelami lautan
perasaan dan fikiran kita.
Memori peminat filem Melayu
pasti tersingkap dengan kemunculan
semula pelako