Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 104

mereka tersentak apabila Shark pulang ke rumah, berang akan sifat Ena yang bertopengkan Malaikat dihadapannya. Layar Lara juga menyimpan paparan-paparan visual yang membawa kita memasuki alam perfileman tanpa kita sedari. Hasil kerja tangan Kamarul Nizam Abdul Rahman selaku pengarah seni menjentik magis dalam setiap bingkai, dan berjaya menarik kita ke dalam dunia Ena dan Seniwati Zai yang menjadi simbol utama dalam naskhah ini. Dari sudut pandang lakonan, pengiktirafan sememangnya harus diberikan kepada setiap barisan pelakon yang mantap dan berbakat. Penonton pasti tidak boleh lupa babak Malik lakonan Sidi Oraza memarahi Ena di set penggambaran. Pengolahan yang begitu sempurna dari Sidi Oraza melayakkan beliau memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-13. Pengajaran filem sememangnya menjadi buah tangan kepada penonton di alam realiti. Generasi kini perlu menonton ‘Layar Lara’ kerana sukar untuk menjumpai filem yang mengangkat genre kekeluargaan dan persahabatan dalam konteks pembikinan filem. Naskhah ini turut merangkul anugerah Filem Terbaik dalam FFM 13. Penulis cukup berbangga dengan pencapaian Shuhaimi Baba yang memenangi Anugerah Pengarah Atas: Gandingan hebat Siput Sarawak bersama Seniwati Zai (Azean Irdawaty) dalam filem ini. Foto ; theSundaily Kanan : Uncle Osman (Aziz Sattar) bersama Azi (Melissa saila) dalam sebuah babak. Foto : Awani.com 104 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA Terbaik menerusi ‘Layar Lara’ untuk Filem Bahasa Asing pada Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussel ke-19 yang berlangsung di Belgium pada 1997. Filem Malaysia sudah lama tersemai dalam industri seni negara. Jika di