MENTERI TIDAK DUNGU
Setelah aku membaca; kulihat
Membaca tidak membuatkan aku gila kuasa
seperti yang sering kulihat pak menterinya mencanang-
kebodohan mereka
membaca tidak membuatku meletak janji buta
buat rakyat jelata
membaca langsung tidak membuatku bodoh
seperti tiang lampu yang menyala dilanggar seorang-
buta yang bisa melihat
tidak langsung membuatku mencipta sebuah lagi dunia
yang sudah dimamah usia
dengan keparat keparat bangsa
jika aku perdana menteri; kumahu membaca
supaya tidak negaraku dijual maruahnya
jika aku perdana menteri; kumahu membaca
tidak ku bunuh jiwa negaraku dengan bahasa penjajah
kerana setahu aku; pak menteri bukan dungu
karya : Hanahyar
03
04