Rumah Buku e-zine vol Sepuluh | Page 7

BERANGAN HARAM Sebuah angan dikisahkan, Cerita melampaui batasan, Dalam diam terbawa perasaan, Berlagak jadi orang bangsawan. Jika aku perdana menteri, Perutku diisikan dahulu, Wajar keutamaan diri sendiri, Kemudian untuk rakyatku. Kerusi empuk enak diduduki, Memerintah seperti maharaja, Tunjuk tunjuki mainan diri, Sega la arahan mengguna suara. Aku tolong lima persen, Aku ambil sembilan lima persen, Begitu sistem yang ada, Aku jalankan apa yang tersedia. Hebat sungguh keberanganan itu, Bermain di fikiran di sudut suku, Disiang hari berangan gila, Tidak mahu tunggu malam tiba. Oleh:AbdulSyahid's Temerloh. 04