HARI TERAKHIR SEBUAH PERJALANAN (BAB 2)
1.40 petang aku mulai mengemas untuk pulang, tiba tiba kerani memberitahu
kami bahawa Kak Cah kemalangan. Sesaat detak jantungku seolah-olah berhenti
tanpa nafas, tanpa kelip, lidah kelu. Allah! Allah! Allah! Kak Cah! Azeem! Puteri!
Allahhhhh!!!! Bergetar suaraku seakan-akan mahu menjerit. Aku tinggalkan
semuanya di atas meja. Berlari aku menuju ke kereta dengan badan menggeletar.
Aku lihat tukang kebun menangis dihujung tiang kantin. Hanya nama Allah yang
mampu aku ucapkan ketika itu. Kereta aku meluncur laju ke jalan besar mencari
kemalangan tersebut. 2 minit kemudian aku lihat berbelas kenderaan tidak
bergerak di jalan. Aku meletakkan kereta ditepi bahu jalan dan terus berlari sekuat
hatiku. Anehnya airmataku tidak keluar setitis pun. Aku harap mereka tidak apa-
apa. Allah! Tolonggg ya Allah!! Jangan benarkan apa yang aku rasa
sekarang…Allahhhh! Sebak mula menebal dalam hatiku.
Peluh dingin membasahi tubuh, nafas terhenti ketika aku tidak melihat kereta Kak
Cah. Yang ada hanya sebuah lori yang telah terbalik dan timbunan 6 batang
tiang konkrit sebesar pemeluk betul-betul di selekoh rumah Kak Cah. Terhenti
langkahku. Aku kaku. Orang awam telah mengerumuni untuk membantu tapi
apakan daya hanya Bomba yang dinanti. Aku dengar ada yang memanggil-
manggil nama, tangisan, jeritan Allahuakbar dan raungan. Aku dapat lihat sisa
kemekan kereta Kak Cah dibawah timbunan konkrit. Berhamburanlah airmata
ketika itu, tak dapat ku tahan lagi. Aku meraung semahuku!!
Jam 3.00 petang, konkrit pertama diangkat namun masih belum Nampak Kak Cah
dan anak-anaknya. Jam 3.30 dan seterusnya, setiap satu konkrit diangkat dan aku
dapat melihat kereta Kak Cah hanya tinggal separas lutut. Suara tangisan semakin
kuat, laungan Allahuakbar semakin jelas, aku sudah tidak mampu bergerak. Ketika
bumbung kereta ditarik, aku hampir hilang akal. Kak Cah, Azeem dan Puteri masih
ditempat duduk dalam keadaan badan terlipat seolah-olah tunduk. Kak Cah
ditarik, seluruh wajahnya membiru kelabu, Azeem ditarik juga wajahnya membiru
kelabu dan Puteri…ketika Puteri ditarik keluar, tangannya masih memegang baki
28