kuih yang dimakannya. Ya Allah!!! Dugaan apakah ni ya Allah!! Aku menangis
semahunya. Panas terik tidak ku rasa, hanya hati yang sangat hancur melihat itu.
Lauk yang dibungkus tadi masih elok dibawah lantai kereta. Sayunya hatiku tidak
dapat ku gambarkan. Ya Tuhan.. Aku tahu Kau sudah mengambil mereka. Aku
redha Ya Allah!! Aku redha!!
Tidak mampu lagi aku coretkan kisah ini. Aku datang disebelah malam untuk
kenduri arwah dan menatap wajah-wajah itu buat kali terakhir. Seorang sahabat
polis berkata, wajah menjadi hitam akibat kekurangan oksigen dan dan akhirnya
lemas kerana terlalu lama dihempap konkrit. Tiada terhenti airmata ini mendengar
semua itu. Kak Cah dan anak-anaknya disemadikan brsebelahan. Selamat jalan
Kak Cah, Azeem, Puteri. Semoga kamu semua gembira pulang ke sisi Pencipta.
Segala sedihmu, sakitmu, redhamu dan kebaikanmu menjadi cagaran ketika
bertemu Allah. Orang baik memang selalu pergi dahulu.
5 tahun berlalu, tidak sekali pun aku mampu menjamah sukun goreng lantaran
airmata ini pasti gugur. Setiap kali aku lalu dihadapan rumahmu, pasti aku
menoleh dan aku sedekahkan Al-Fatihah. Jalanraya yang masih lekuk dan berpa-
rut itu aku dapat rasakan ketika aku memandu. Aku rindu kakak dan sahabat
sepertimu…Al-Fatihah.
-BUNGA ASHRAFFI-
31|Ogos|2017
29
02