Aku ketawa besar mendengar. Dia berkata,“ Akak ada tempah tudung ala Fareeda 10 helai kat tailor, esok kalau akak tak dapat ambil, Anne tolong ambilkan boleh tak?”. Aku sedikit pelik kerana tukang jahit itu rumahnya sejalan dengan rumah Kak Cah. Tapi aku pula yang disuruhnya. Kak Cah mengambil tanganku dan menghulurkan duit RM500 untuk bayaran tudung esok. Aku semakin binggung dengan Kak Cah. Oleh kerana aku faham kesibukkan dia, aku pun bersetuju.
Jam tepat 1.05 minit petang, suasana mulai sunyi sedikit demi sedikit tatkala rakanrakan mulai pulang, murid-murid juga. Kak Cah mengajakku pulang tetapi aku menolak kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Hari ini tiba-tiba dia bersalaman denganku dan aku tetap memuji gincu bibir barunya yang merah berseri sesuai dengan si pemakainya yang berkulit cerah. Dia hanya tersenyum dan turun ke keretanya bersama Azeem dan Puteri. Anak-anaknya membawa lauk dan kuih yang dibungkus dikantin pagi tadi. Aku melihat dari tingkap bilik guru namun seolah-olah jauh pandanganku tidak ku lihat wajahnya.
-BUNGA ASHRAFFI-
27