HARI TERAKHIR SEBUAH PERJALANAN (BAB 1)
Kringggg!!! Loceng panjang berdering tepat jam 7.15 pagi. Hari itu hari Rabu dan
seperti biasa aku dan rakan2 lain memakai sut mengikut badan beruniform kami.
Aku masuk ke bilik guru dan masing-masing saling memuji pakaian cantik dan
kemas seperti selalu. Sampai ada yang tersengih-sengih kerana dipuji. Sudah
menjadi kebiasaan kami menceriakan diri sendiri sebelum memulakan tugas dan
amanah. Namun… aku memandang meja sebelahku. Kak Cah masih belum
sampai. Pasti anak-anaknya juga belum. Ada masalahkah?, detik hatiku. Namun
kerana mengejar waktu, aku tinggalkan semua pertanyaan dibenakku. Sampai
sahaja dikelas Tahun 6 Bakat, aku tersenyum melihat sahabatku di parkir kereta.
Itu kereta baharu yang baru sahaja sebulan dibelinya. Aku ketawa kecil kerana
dia membeli kereta yang sama model dan sama warna denganku hanya kerana
anak-anaknya berkenan dengan keretaku. Dia meluru ke arahku dan berkata
sedikit terlewat gara-gara mahu mencuba gincu bibir baru. Aku hanya tergelak
kecil kerana aku tahu dia cuma bergurau. Aku menegurnya, “Kak cah! Kata
pakai lipstick baru tapi kenapa pucat sangat muka?” Dia berkata, “Eh..yeke?
Biasa je, Cuma hari ni tak pakai baju warna pudar2 sepudar hati akak ni” Aku
hanya senyum kerana aku tahu apa maksud ayatnya itu. Jauh disudut hati, aku
berkata “Kau tabah kak”.
Sedar tak sedar jam hampir pukul 12.00 tengahari dan aku telah pun habis waktu
mengajar. Aku naik ke bilik guru teringatkan pisang tanduk goreng yang telah ku
beli dikantin tadi. Belum sempat dijamah pun kerana mengejar waktu kelas. Baru
sahaja melabuhkan punggung, aku lihat Kak cah masuk ke dalam dan berkata,
“Sejuk sikit dalam bilik ni, kat luar panas” Dia terus duduk disebelahku dan
berkata, “Akak nak makan sukun goreng la Anne”. Aku hanya menawarkan
pisang goreng dan dia menolaknya kerana mahu sangat makan sukun goreng.
“Kak, ape macam kereta baru? Best tak?” aku bertanya sambil ketawa. “Anak-
anak akak kata best tapi keras kusyennya, tak macam naik BMW”.
26