Tanpa Tajuk
Cinta,
Tak kenal rupa pun boleh jatuh cinta,
Cukup dengan berbalas mesej setiap hari,
Hati berbunga-bunga seperti ladang tulip di Belanda.
Cinta diimpikan seromantik Romeo dan Juliet
Cinta diangankan segila Laila dan Majnun
Tapi sedarkah bahawa cinta sebenarnya lebih daripada itu.
Sayang,
Senang diucap tapi susah dibuktikan.
Bagaimana nak dibuktikan
Dengan hartakah? Dengan pangkat atau perhatian yang tidak
berbelah bagi.
Atau dengan maruah yang digadai
Pada nafsu tak terpuaskan.
Tak kira bagaimana rasa didefinisikan
Tak kira bagaimana rasa ditunjukkan
Tetap ia mempunyai maksud universal yang difahami semua
Pandulah rasa mengikut acuan syariat
Bukan mengikut acuan hati yang sering berbolak balik
Digoda bisikan jahat untuk mencemari
Satu fitrah perasaan suci.
-Shaa-
06