Salam sejahtera penghuni rumah buku,
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri
dan saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas sebarang
kekhilafan yang mungkin terjadi sepanjang Channel rumah buku dan zine RB ini wujud.
Sesungguhnya saya seorang pendosa yang sering melakukan kesilapan jua.
Baru-baru ini saya telah menutup ruangan chatting rumah buku yang sudah tidak
berfungsi dengan baik sebagaimana tujuaan asalnya. Penutupan itu bukanlah kerana
saya merajuk atau sesuatu. Ia ditutup kerana kumpulan chat itu sudah tidak berfungsi
dengan baik, serta saya fikir lebih baik saya menumpukan pada penghasilan zine ini
yang telah masuk ke vol-11 dan terus berkongsi dan menyampaikan berita buku dan seni
melalui ruangan channel rumah buku yang telah tersedia.
Dengan sisa-sisa masa yang saya ada akan saya sedaya upaya menghabiskan zine RB
hingga ke vol-12 sebelum saya merombak dan memperkenalkan format baru pada
masa akan datang. InsyaAllah beberapa ideas dan bahan akan dikeluarkan pada format
baru yang lebih segar. Diharapkan rakan-rakan rumah buku dapat berkongsi dengan
semua sahabat sedia ada.
Terima kasih juga buat para sahabat di RB yang sentiasa memberi sokongan dan
galakan dalam penghasilan zine ini. Kepada mereka yang menyumbang karya terima
kasih juga, semoga karya-karya anda akan lebih matang dan segar pada masa akan
datang.
Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin.
07