|Monolog Kembara
Setelah sepupu puas meneroka kawasan china town,kami memilih untuk berehat dikawasan
bangunan merah ,mendengar penghibur malam mendendangkan lagu sambil membiar malam
hanyut dengan sendirinya.
Aku lebih senang menjadi pemerhati setiap mereka yang berada dikawasan ini, sambil melihat
seorang pelukis jalanan yang asyik melakar sesuatu sembari menggunakan bantuan lampu dari
telefon bimbitnya . Sambil ralit melihat karya halus yang dihasilkan , dia memperkenalkan
dirinya terlebih dahulu kepadaku, Namanya Sazali said ,atau lebih mesra menggelarkan
dirinya Abang Lie,seorang pelukis dikawasan Bukit st.Paul.
Dia memberitahuku bahwa hari ini dia sedikit terlewat memulakan tugas, sambil kami bertukar
sedikit cerita dan aku ajukan sedikit soalan berkaitan lukisan dan kerjaya seorang pelukis,
sempat aku dengarkan juga kisah dan pengalamannya menjadi seorang pelukis.
Ternyata menjadi pelukis jalanan bukanlah pekerjaan yang mudah,melukis sebuah kisah
menjadi satu lakaran dan menghasilkan sebuah seni halus adalah kelebihan terbesar yang tidak
ramai miliki.demi sahaja melihat cara lukisannya yang begitu teliti bagi aku,lukisan jalanan
mempunyai keistimewaan yang tersendiri,dan seharusnya diketengahkan .
Aku titipkan didalam kembara ini, pengajaran dan hikmah yang kuperolehi
didalamnya.Belajar mengenali ragam dan watak manusia, tidak kurang juga melihat keluh dan
lelah yang terzahir dibalik senyum mereka.
oleh : hanahyar