Rumah Buku e-zine vol LAPAN | Page 7

HIKMAH SEBUAH KEMBARA |Monolog Kembara Bismillah..syukur kalinya diizinkan mengembara lewat syawal yang tertunda. Kembara kecil ditanah kelahiran sendiri .Disini kucatatkansedikit yang dapat lensa mata rakamkan sepanjang berada ditengah Bandar kaba. Kami mulakan perjalanan kami menaiki Grab dengan kadar bayaran sebanyak rm7 bersama telefon bimbit yang rosak baterinya dan terpaksa bergantung ‘nyawa’ dengan powebank. Waktu itulah telefon bimbit mahu rosak, sebal pula rasanya. Tiba saja dihotel dan berehat kami memilih untuk memulakan aktiviti kami pada waktu malam seperti yang dijadualkan, berjalan kaki dari kawasan hotel melalui lorong tepi gereja selepas maghrib adalah pengalaman yang aku rasakan agak berani, al maklumlah bukan waktu cuti pun ,Cuma dinasihatkan untuk anda yang masih baru dimelaka ,gunakan grab atau teksi sebagai langkah keselamatan. Perjalanan kami diteruskan hingga ke kawasan jonker walk atau lebih mesra kiranya kita gelar china town yang memang dibanjiri ramai manusia ketika waktu malam. Jujur aku kurang gemar dengan keadaan ini, mungkin sebab aku bukan jenis keluar malam. Namun pengalaman berada disini ternyata cukup unik buat aku. Kami memilih untuk menjamu selera terlebih dahulu dek perut yang tidak diisi sedari petang lagi, al maklumlah perut sudah mendendangkan aneka lagu.Kawasan medan selera yang penuh dengan bermacam jenis gerai jualan dan makanan dari para peniaga berlainan bangsa menjadi pilihan kami.Lokasinya betul betul berada didalam kawasan makam Hang Kasturi. Usai makan, kami teruskan perjalanan melihat beraneka macam gelagat manusia yang ada disekitar kawasan china town, daripada barisan penjaja yang tidak henti rehat melayan pelanggan,penghibur jalanan yang berlainan bangsa dan bermacam lagi hiburan yang tak mampu untuk aku catatkan disini,terlalubanyak.