Rumah Buku e-zine VOL DUA BELAS | Page 61

* * * * * * Hari ini seperti biasa aku memanaskan badan dengan sup pemberian peniaga jalanan yang bermurah hati. Walaupun kosong sahaja namun cukup nikmat untuk merasa aroma ayam di dalamnya. Hari ini tiada hujan namun agak sunyi bagiku. Tiada lagi si tua Gadut membaca kisah para sahabat nabi dengan kuat di jalanan serta memberi penerangan tentang hukum alam. Tiada lagi hiburan percuma tarian dan nyanyian hujannya. Aku fikir sebaiknya aku mengikuti jejak si Gadut. Biarpun serba kekurangan namun sedikit sebanyak memberi manafaat buat insan yang lain. 55