Rumah Buku e-zine Rumah buku vol.4 | Page 5

| cerpen
" Alhamdulilah, keduanya selamat. Tetapi isteri Encik Iskandar masih dalam keadaan kritikal. Kami masih mencuba untuk stabilkan beliau. Banyakkan berdoa dan bersabarlah." Ujar Doktor Fatimah. " Encik Iskandar, boleh ikut saya untuk tengok anak encik." Panggil seorang jururawat disitu. Iskandar melangkah lemah.
Wajah anak itu persis umminya. Tenang. Iskandar mencium pipinya, wangian syurga. " Anak baba.." katanya lembut. Iskandar meminta izin Doktor Fatimah untuk membawa bayi itu masuk ke kamar yang menempatkan Jannah. Katanya, dia mahu azankan anaknya disitu. Dia mahu Jannah mendengarnya.
" Awak.. saya tengah pegang anak kita. Awak dengar ya, saya azankanya." Bisik Iskandar di telinga Jannah. Dengan lafaz Bismillah.. Iskandar mengazankan anaknya. Perlahan-lahan airmata mengalir di tubir mata Jannah. Iskandar juga menangis.
* * * * * * * * * *
Tangan Jannah digenggam erat. Suara Iskandar mendayu-dayu membacakan Yassin. Ahli keluarga yang lain juga turut bersama membaca Yassin di samping Jannah. Bayi yang baru dilahirkan itu dipangku oleh mama Jannah.
Selesai bacaan Yassin, mereka beransur keluar menanti diluar kamar. Yang tinggal ketika itu cuma Iskandar. Doktor kata keadaan Jannah masih kritikal akibat komplikasi yang menyebabkan bleeding terlalu banyak. Iskandar merapatkan wajahnya pada wajah Jannah. Dahi Jannah dikucup.
" Isteri abang, cepat bangun ye? Abang rindu. Afiq dan baby pun rindukan umminya. Abang tahu isteri abang kuat. Abang tahu Jannah dengar. Bangun ye, sayang? Untuk abang dan anak-anak. Abang sayang Jannah, dunia akhirat." Ujarnya, airmatanya bercucuran. Jannah juga menangis. Jari pucat itu bergerak perlahan-lahan dalam genggaman Iskandar. Iskandar bergegas mendapatkan Doktor Fatimah untuk memaklumkan perkara itu.
* * * * * * * * * *
03