Rumah Buku e-zine Rumah buku vol.4 | Page 4

miftahul jannah( bahagian akhir)

miftahul jannah( bahagian akhir)

- wanda alwani
" Kandungan isteri awak agak bermasalah sebenarnya. Saya dah maklumkan pada dia awal-awal. Mungkin akan ada masalah saat melahirkan." Ujar Doktor Fatimah. Iskandar termanggu-manggu. " Encik Iskandar, kami perlukan keputusan." Ujarnya lagi sambil menghulurkan sehelai kertas...... ibu atau anak untuk diselamatkan.......... kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan keduanya tetapi sekiranya berlaku sebarang kehilangan, pihak kami harap Tuan / Puan bersabar...... Sila turunkan tandangan Tuan / Puan sebagai persetujuan diatas pilihan. ' Allahuakbar. Jannah...' Hati kecil Iskandar meraung-raung.
* * * * * * * * * *
" Kenapa.. tak cakap.." Soalnya. Doktor membenarkan dia berjumpa aku sebelum membuat keputusan. " Tak ada yang perlu dicakapkan pun, abang." Balasku lembut. " Nyawa awak jadi taruhan, nak lahirkan zuriat saya." " Nyawa semua isteri jadi taruhan bila nak lahirkan zuriat suaminya. Abang janganlah sedih." Dia diam.
" Abang.. Selamatkan anak kita ye? Jangan risau pasal saya." Pujukku lembut. Dia mencium dahiku, dan terus berlalu. Aku sempat berjumpa Afiq sebelum aku ditolak masuk ke dewan bedah. " Anak ummi, nanti tolong baba jaga adik baby tau. Ingat janji kita ye." Ujarku sambil mengusap kepalanya.
" Ummi, Afiq doa banyak pada Allah. Afiq minta Allah jaga ummi dan adik baby. Nanti kita balik rumah sama-sama ye ummi." Jelas dia sedang menahan tangis. Allahu. Anak ini seolah mengerti. Wajahnya ku kucup penuh kasih sayang. " Doakan ummi ya, sayang." Pesanku. " Mama dan abah dalam perjalanan." Kata Iskandar. Aku hanya mengangguk perlahan. Aku dibawa masuk ke dewan bedah. Doktor Fatimah memesan padaku untuk banyakkan berzikir dan berdoa. Perlahan-lahan mataku mula kabur, dan akhirnya, gelap.
* * * * * * * * * *
02