Rumah Buku e-zine Rumah buku vol.4 | Page 3

editOr bercakap...

Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
Kepada pembaca Miftahul jannah kami bawakan episod akhir untuk dihayati. Terima kasih kepada pembaca yang sabar menanti.
( yang baru mengikuti rumah buku, boleh download dari vol 1 hingga kini)
| syuQ tOne | 28012017 yangon
Vol. 4 bertemakan Wajah!... iya wajah. Wajah kita‘ rupa’ kita. Seni dan buku itu umpama lagu dan irama. Membukukan seni juga umpama mengutip daun-daun kering didalam timbunan emas.
Daun kering dicari, emas dipandang juga. Daun kering buat seni persembahan, dihayati pelbagai subjek yang bukan hanya berkisar tentang daun. Daun kering ada mereput terbiar didalam longgokan emas, ada yang dicari, ada yang dibiarkan tidak bererti, ada yang dipandang sepi. Jadi wajah seni apakah yang dicari? Adakah kita masih berpaksi pada jati diri? atau menjadi topeng pada kehendak diseberang sana?.
Edisi Wajah kali ini RB( rumah buku) persembahkan‘ self tough’ artis dari Bandaraya bersejarah, Melaka. Johari Hj. Ibrahim.
Maaf edisi kali ini, tiada puisi atau cerita pendek untuk dikongsi bersama. Namun edisi ke-5 nanti sesuatu akan dilakukan oleh RB untuk pembaca sekalian.( kesibukan membataskan sedikit)
Jika anda punya sebarang berita dan pengumuman berkaitan pameran dan aktiviti setempat yang mahu dikongsikan bersama RB sila hubungi @ syuq1( aplikasi telegram) atau di + 6019.3557178( whatsapp sahaja)
p / s: print dan edar kat kawan-kawan ikut suka:)
01