Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 6

| cerpen
" Ini bilik awak. Kalau awak tak mahu saya tidur disini, cakaplah. Saya boleh tidur diluar atau di bilik Afiq. Tak apalah, awak tidurlah disini." Ujarku lagi. Aku bangun dan ambil bantal dan selimut di tangannya, belum sempat aku buka pintu, tanganku di tarik. " Tidur sini." Katanya. Tangannya merampas kembali bantal dan selimut, lalu disimpan semula di dalam almari.
Dia tarik tangan aku dan suruh aku baring semula. Dia rebahkan badannya di sebelah aku. Matanya dipejam rapat. Tapi dadanya berombak. Keluhan berat dilepaskan. Aku tidur menghadapnya. Itu, malam pertama kami tidur bersama. Tapi, aku rasa kami masih jauh. Terlalu jauh. Dan malam itu, dalam tidurku menangis.
* * * * * * * * * *
Subuh itu seperti biasa, lepas jemaah sama-sama, Iskandar masuk semula ke bilik. Dia kata dia cuti hari ini, nak rehat. Aku cuma mengangguk. Aku siapkan sarapan ringkas, dan siap-siapkan Afiq. Hari ini kak Husna nak bawa Afiq ke rumahnya. Katanya anak-anak dia rindu nak bermain dengan Afiq. Lebih kurang jam sepuluh pagi, kak Husna pun datang menjemput Afiq. Mungkin Afiq tidur disana dua atau tiga hari.
Aku masuk ke kamar, Iskandar masih lagi tidur. Niat di hati mahu kejut dia untuk sarapan, tapi bila tanganku menyentuh tangannya, badannya sangat panas. ' Allahuakbar, dia demam ke? Aduh macam mana ni??' Rintih hati kecilku. Tanpa membuang masa, aku ambil tuala kecil dan air untuk aku jeram kepalanya. Harap-harap dapat kurangkan suhu badannya. Dua tiga kali aku jeramkan, suhu badannya semakin berkurangan. Aku ke dapur untuk masak sedikit bubur dan sup. " Awak.. bangunlah. Makan sikit ye, nanti nak makan ubat." Aku kejut dia perlahan-lahan.
Matanya dibuka, dia cuma mengangguk lemah. Aku bantu dia untuk duduk bersandar di katil. Bubur itu aku suapkan. Dia makan tiga sudu, kemudian menggeleng. " Makanlah sikit lagi awak.." pujukku lagi. Ya, dia jamah lagi tiga sudu. Kemudian menggeleng kembali. " Tak ada selera." Katanya. Aku akur, air suam aku suapkan. Kemudian aku hulurkan ubat, dia makan. Dia kembali baring.
Aku ke dapur untuk kemaskan apa-apa yang patut. Bila aku kembali ke bilik, Iskandar cuma berbaring, tapi tidak tidur. " Kenapa tak tidur?" Soalku seraya duduk disebelahnya. " Kepala saya sakit." Jawabnya lemah.
04