| cerpen
Pagi itu, kami solat subuh berjemaah. Tangan Iskandar aku kucup usai solat. Namun dia sedikit pun tidak memandang wajahku. Dingin disitu. Afiq tidur semula selepas solat. Aku ke dapur untuk menyiapkan sarapan.“ Tak perlu masak banyak, saya makan diluar hari ni. Malam nanti baru balik, kerja banyak. Saya pergi dulu.” Ujarnya dan terus menuju ke pintu. Aku yang masih tercengangcengang bergegas mendapatkannya.“ Awak.. nanti.” Kataku. Tangannya aku raih, dan aku kucup. Iskandar hanya berdiam diri dan terus berlalu.
Untuk hari kedua aku di rumah itu, sepanjang hari aku hanya melayan kerenah Afiq. Gelak tawanya, senda guraunya, cukup menenangkan hati aku.
* * * * * * * * * *
Jam hampir ke angka dua belas tengah malam. Iskandar masih belum pulang. Whatsapp yang aku hantar juga tidak dijawab. Selesai mengemas serba sedikit di dapur, aku kembali semula ke ruang tamu dengan secawan kopi panas. Laptop dibuka, aku menyemak emel dan memadam emel yang tidak penting.
Chanel telegram dibuka, dah lama aku tak update kerana sibuk dengan persiapan majlis dan urusan harian. Nak update sekarang pun ketandusan idea. Deruman enjin kereta menyentakkan aku dari lamunan. Aku bangun, dan membuka pintu. Iskandar sedikit terperanjat kerana aku masih berjaga. Beg kerjanya aku ambil dan bawa ke dalam bilik. Aku keluar semula, dia sedang duduk di sofa, di tempat aku tadi. " Awak nak air sejuk atau panas?" Soalku lembut. " Sejuk." Jawabnya.
Aku ke dapur, dan siapkan minuman. Aku duduk disebelahnya, minuman itu aku hulurkan. Dia sambut, dan terus minum. Matanya tertumpu di laptop aku. " Saya nak mandi." Katanya, dan terus bangun untuk ke bilik. Aku off laptop dan televisyen. Cawan minuman tadi aku bawa ke dapur untuk dicuci. Kemudian aku kembali ke bilik, Iskandar masih lagi di bilik mandi. Aku ambil sehelai kain pelekat dan t-shirt untuk dia pakai. Mata aku mula layu. Seharian melayan kerenah Afiq, agak letih sebenarnya tapi aku tetap seronok. Aku yang hampir-hampir terlelap, tersentak terdengar bunyi pintu almari ditutup. Aku lihat Iskandar sedang memegang bantal dan selimut. " Awak nak ke mana?" Soalku. " Saya tidur kat sofa." Jawabnya. " Kenapa?" Soalku lagi. Kali ini dia diam. Tidak menjawab.
03