Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 22

| 100 p. p
Tajuk: Eksentrik
Suasana di bandar metropolitan itu riuh-rendah. Orang ramai berkerumun untuk melihat keadaan mangsa-mangsa pembunuhan yang kononnya dibunuh oleh zombi. Beberapa hari yang lalu, telah dilaporkan bahawa beberapa orang ditemui mati dengan kesan gigitan di leher serta jantung mereka telah dirobek dan dimamah.
Dikatakan dalang di sebalik kes itu merupakan zombi yang sama yang membunuh orang awam di bandar metropolitan itu. Zombi yang telah menyerang orang awam itu ialah seorang manusia yang berkelakuan eksentrik semasa hayatnya iaitu Zharif. Zharif berkelakuan eksentrik dengan meminum darah manusia yang tidak berdosa. Dia ditemui mati tetapi rohnya tidak diterima bumi dan akhirnya bertukar menjadi zombi.
Oleh: Nurzizie Abdul Aziz
Gelap, Hitam
Aku takut akan kegelapan, tetapi aku sukakan kehitaman. Bagi aku, hitam itu cantik, gelap itu misteri. Tapi, keduanya sudah sebati dengan jiwaku. Aku cintakan kehitaman dan hidup dalam kegelapan. Hitam dan gelap sembunyikan sisi aku yang satu lagi, yang bernanah dan berparut dengan kerenah manusia berajakan serakah!
Bila gelap, tangisanku halimunan. Tiada yang melihat airmata kelemahan dan kelukaan ini melainkan Tuhan. Bila hitam, tak siapa nampak parut-parut duka yang tersembunyi di sebalik tubuh seorang gadis yang dambakan alwani.
Sayangnya, jiwanya sudah sebati ditelan gelap yang hitam. Aku-lah, si gadis gila akan puisi yang hidup dengan kotak hitam dalam gelap malam.
WandaAlwani Telegram. me / penaberduri
20