Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 21

| 100 p. p
KISAH
Ada satu kisah bertajuk. " Nyamuk oh nyamuk " Satu hari seorang ibu berpesan kepada anaknya. Tolong pegi kedai, beli ubat nyamuk. Anaknya taat. Pegi ke kedai dan beli ubat nyamuk. Masa nak balik ke rumah, hujan turun sangat lebat. Budak itu berlari utk sampai ke rumah.
" Makkkk.. Maaf mak. Ubat nyamuk basah." Itulah perkataan pertama keluar dari mulut anak soleh itu di muka pintu.
Tak mengapa Syukri. Nak buat macamana, benda nak berlaku.
Budak itu merasa sangat bersalah. Apabila malam tiba, emaknya bagai tak menang tangan mengibas2 surat khabar menghalau nyamuk yang cuba menggigit adik kecilnya.
Nyamuk itu sangat jahat. Dia tak mahu pergi jauh. Syukri memasang kelambu. Nyamuk tetap pandai menyelinap masuk ke dalam kelambu.
Budak itu jadi geram, bingung dan marah. Dia mengambil sabut kelapa di bawah rumah dan meletakkan atas dulang cap Naga lantas membakarnya; utk mengeluarkan asap.
Nyamuk pun lari dan reda. Namun budak itu dan maknya yang memangku adiknya pun berlari keluar dari rumah mereka. Inilah asal usul pepatah bersumberkan kisah; kerana nyamuk kelambu terbakar.-Alan A. A-
19