Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 14

| cerpen bergerak perlahan-lahan. Iskandar cuma diam.
" Terima kasih, sebab bagi saya peluang untuk jadi seorang isteri dan seorang ibu. Terima kasih untuk setiap perhatian yang awak bagi, dan terima kasih untuk setiap solat saya yang awak sudi imamkan. Terima kasih, untuk segala-galanya. Saya sayang awak, dunia akhirat. Selamat malam, abang." Kataku, dahinya aku kucup. Aku berbaring semula, malam itu, untuk pertama kalinya aku memanggilnya‘ abang’ dan untuk pertama kalinya juga aku tidur membelakangi suamiku. Aku tidak mahu tangisanku mengganggu tidurnya. Aku rasa Iskandar juga membaringkan tubuhnya. Sepi, hingga ke subuh.
Usai solat subuh, aku mula rasa tanda-tanda hendak bersalin. Tetapi masih boleh dikawal. Kebetulan pagi itu ibu dan ayah datang, katanya mahu sarapan sama-sama. Macam-macam juadah yang mereka bawa. " Tetamu pula yang bawa makanan." Ujarku, segan. " Ala tak apa, ibu tak mahu susahkan Jannah. Panggil Iskandar, kita makan sekali." Jawabnya. Aku hanya mengangguk. " Abang, Afiq, ayah, mari makan. Makanan dah siap tu." Jemputku.
Iskandar duduk disebelah aku. Afiq membacakan doa makan. " Aamiin. Pandai anak ummi." Pujiku padanya. Tersengih-sengih dia. Suapan keduaku terhenti, sakit itu datang balik. Kali ini lebih kuat dari tadi. Automatik aku memegang lengan Iskandar. Dia sedikit terperanjat. " Kenapa?" Soalnya.
" Sakit." Jawabku, berkerut-kerut dahi menahan sakit. Semua mula panik, nasib baik ibu ada. Ibu menyuruh Iskandar membawa aku terus ke hospital. Mereka akan menyusul kemudian dan membawa barang keperluan yang lain.
* * * * * * * * * * bersambung...
12